Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, July 16, 2008

Al Fatihah...


Pada mulanya sy bercadang utk menulis posting ni khusus memperingati lagenda bolasepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari...sememangnya sy "berehat" lama utk menunggu kehadiran Julai...atau lebih tepat 11 Julai..

Tapi tak disangka rupanya bulan Julai ini juga menyaksikan seorang lagi lagenda, Allahyarham Dato Ahmad basri Akil pergi selama-lamanya...

Sy memang terkejut...tapi itulah kuasa Allah, siapa jua tanpa kita menduga, kalau itu ketentuanNya..kita tidak dpt lari...

Rasanya tak perlu di perkatakan siapa Dato Ahmad Basri...

Sy tidak pernah bercakap secara dekat..tetapi kalau tak silap pernah berbicara dengannya dalam forum laman web penyokong kedah...

Secara peribadi...sy anggap dia seperti Bill Shankly atau Bob Paiseley utk bola Kedah...bermula dgn pengurusannya, Kedah muncul kuasa utama bolasepak negara ini...3 kali percubaan (1987-1989) gagal namun akhirnya Kedah muncul juara Piala Malaysia 1990...

Formula arwah tidak susah utk difahami..yakni segala kejayaan bermula dgn asas yg kukuh...maka lahirlah beberapa akademi termasuklah akademi bolasepak Kedah...

Arwah seorang yg lantang..tetapi sebenarnya "bertempat dan tepat"...walaupun arwah masih menjalani hukuman penggantungan oleh FAM kerana kritikannya dlm Harian Metro...

Walau apa pun coretannya, tiada lagi kelibat Dato Ahmad Basri...tiada lagi celotehynya..apa yg ada hanyalah kenangan dan ingatan...
n
Tetapi apa yg penting, sekalipun Dato Ahmad Basri tiada lg...apa yg penting semangat dan aspirasinya kita perlu dokong bersama-sama....Al fatihah



Dikesempatan ini juga, ingin sy sampaika Slam Takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Mokhtar Dahari yg meinggal dunia, 17 tahun yg lalu....Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat...

No comments: