Thursday, February 3, 2011

Yang mahu pergi dan yang mahu datang...

2/3 hari lepas, Epain sempat mejengah Sukan Awani dan Epain dapati ada suatu yang menarik untuk diperkatakan...sekali lagi mengenai bolasepak...

Awani "berjaya" menjadi "scouter" untuk FAM selepas dikatakan menghidu rakyat Australia berketurunan M'sia yang sedang beraksi bersama skuad Sydney FC...Brendan Gan...

Gan dikhabarkan berminat untuk beraksi sebagai pemain kebangsaan dan itupun jika pengurusan skuad kebangsaan berminat untuk menyahut hasrat Gan...

Epain tidak mempunyai banyak info pasal Gan, tapi sekali imbas, Epain boleh katakan bahawa "penemuan" Awani itu boleh dianggap sebagai "penemuan" berharga apatah lagi dalam rangka skuad kebangsaan ingin memperkuatkan pasukan yang bakal menghadapi kelayakan Olimpik...

Mungkin ramai yang skeptikal, tapi bagi Epain apa salahnya memberi peluang kepada Gan menunjukkan bakatnya, dan jika sesuai, boleh diserapkan ke dalam skuad kebangsaan, sebelum Australia terlebih dahulu melamar Gan sebagai pemain mereka...

Cuma Epain harap Gan tidak menjadi seorang lagi "Kirk Wee" yang sebelum ini juga pernah beraksi di Australia tetapi selepas pulang ke M'sia, Kirk Wee yang pernah beraksi bersama Terengganu hilang sengat hinggakan beliau sendiri "hilang entah kemana"...

Beza ketara, Gan beraksi bersama skuad utama dalam salah satu pasukan hebat di Australia, negara yang bergelar "Socceroos"...Australia juga bukan calang-calang negara...bergelar naib juara Piala Asia dan layak ke Piala Dunia sebanyak 3 kali...hubungannya dengan M'sia pula, ramai pemain dari negara ini pernah beraksi di M'sia sebagai pemain import...antara yang paling diingati, Alan Davidson dan Mehmet Durakovic...

Tinggalkan sekejap Brendan Gan dan apa kata jenguk pula kisah Safee Sali...

Dengarnya Safee telah menetapkan "niat" untuk beraksi di Indonesia dan jika benar bagai dikata, Epain rasa ia langkah besar buat Safee...

Harus diingat, Safee bakal berkelana ke Indonesia bukan atas dasar "penghantaran ihsan FAM/FAS" sepertimana pernah berlaku kepada beberapa pemain sebelum ini, sebaliknya atas tawaran salah satu pasukan di sana...sebab itu Epain katakan sebagai "langkah besar"...

Mungkin ada yang bimbang sebab Safee akan ke negara seteru...mungkin juga ada peminat Selangor merasakan satu kehilangan, tetapi sebagai salah seorang peminat Selangor, Epain rasa langkah Safee tetap yang terbaik....

Liga Indonesia "bukan kecil anak" tetapi liga negara tersebut mempunyai keunikan dan cabaran tersendiri buat pemain...jika tidak, masakan bintang Cameroon, Roger Milla sendiri sanggup ke sana selepas puas bergelar bintang Piala Dunia...

Apapun, Safee, buat yang terbaik dan timba seberapa banyak ilmu dan pengalaman yang mampu...

Sebelum mengakhiri posting ini, Epain sebenarnya "diawang-awangan" sebab satu lagi pasukan kegemaran Epain, Liverpool kehilangan permata hati mereka, Fernando Torres yang berhijrah ke Chelsea tetapi menariknya, dua bintang ternama, Luiz Suarez dan Andy Carrol pula menyertai Liverpool...sebab itu Epain masih lagi merasa "diawang-awangan"....macam percaya atau tidak dengan apa yang berlaku...

Catatan Epain:...Brendan Gan?...Andy Caroll?...Luiz Suarez?...ok kot...

3 comments:

Arnaz M. Khairul said...

Maaf bro, kena buat correction sikit. Bukan penemuan Astro Awani, tapi sejak tahun 2009 lalu kalau tak silap, aku dah baca kat website Harimau Malaya, dah ada penyokong yang highlight pasal pemain-pemain luar berdarah Malaysia... Patut credit diberikan kepada penyokong yang mula dapat info tu. Sorry Awani....

epain said...

thanks bro for the info...

that's why aku letak "berjaya" dgn quotation mark...n aku pun br je bc wikipedia yg mengatakan Gan pernah di temu ramah Fourfour two pd 2009

anyway still a good highlight...

bukak skit mata yg selama ni tertutup

Anonymous said...

Awani tak pernah clain pun scout player ni Arnaz,..yes memang betul fans kita yang jumpa dulu.
Tapi, awani build the bridge between FAM and this player.
tq