Sunday, February 20, 2011

Kata tak penting..tapi mengiktiraf sukan...

Dikesempatan ini, Epain ingin mengucapkan tahniah buat bekas rakan sekerja di RTM, Hafizal Hamad yang dinobatkan sebagai Pengulas TV terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010 malam tadi...

Akhirnya, setelah berusaha beberapa tahun, Gaban (nama glamernya) diiktiraf seadanya sebaris mentor-mentornya seperti Dato Hasbullah Awang, Shaukei Kahar, Abdullah Hashim dsb...

Tahniah sekali lagi....tak lupa juga buat team Produksi Sukan RTM yang diketuai Rozihan (Yan) yang turut dipilih sebagai salah satu penerima anugerah...

Sebenarnya, Epain "tersentuh" dengan kejayaan Hafizal dan team sport RTM sebabnya ini menunjukkan sukan juga mampu duduk "sebaris" dengan yang lain walaupun ada rancangan/personaliti lain yang mendabik mengatakan mereka lebih layak...

Dan ada jugak kata, sukan tak patut dapat sebab sukan "bukan apa-apa"....ish ish...

Epain bukanlah nak mendabik dada mengenai sukan tapi ASA malam tadi turut menyaksikan Zaiful (bekas pengulas sukan NTV 7) naik ke pentas mewakili Astro Awani yang dinobatkan sebagai Buletin Terbaik...bekas orang sukan tu...maknanya orang sukan pun boleh menaikkan apa-apa cuma selama ini orang sukan kerap dipandang sepi...

Yelah, dalam paper, kedudukannya paling belakang...dalam TV n radio, itemnya yang terakhir...tak sepenting berita lain ye tak?

Tapi menariknya, kelmarin Epain beli Dewan Masyarakat dan dalam edisi terbarunya, editorial DM mengulas mengenai kepentingan sukan dalam perpaduan dan membangkitkan semangat patriotisme....

Malangnya, ada jugak individu yang mengatakan "sukan tak penting"...

Catatan Epain: Pernah tercalon Anugerah Angkasapuri...kalah dengan Zul Bernama....hahahah

4 comments:

rizal hashim said...

Saya tertanya-tanya saudara, siapakah individu yang tidak berminat dengan sukan? adakah dia pembuat dasar, pelaksana keputusan?

saya setuju dengan saudara...sukan dan penggiat media yang tulis pasal sukan dipandang sepi...

dulu saya ingat orang pejabat di NST kata orang sukan bukan saja bengap tapi tak reti menulis...

begitulah...

epain said...

saudara Rizal...

soal siapa tak minat soalan yg menarik...

tp senang citer...org yg dimaksudkan pastinya pembuat dasar yg juga pelaksana keputusan...

sedara sendiri tahu...menteri KBS sendiri tak semua yg benar-benar "menteri sukan" tapi terpaksa "bersukan" disebabkan "asalkan ada jwtn dlm kabinet"...

terima kasih atas persetujuan anda...

sebenarnya bukan dlm NST shj...byk lagi tempat yg sampai sekarang menganggap org sukan "tak layak jd penulis"...

tetapi apahal pun, diorang harus dengki dgn sukan...sebab satu-satunya bidang yg ada section sendiri atau dlm erti kata lain, headline sendiri...

diorang ada?

Haresh Deol said...

Mari kita lihat fakta

Datuk Hishamudin Aun bekas Group Editor-in-Chief NSTP asalnya seorang wartawan sukan.

Tony Francis - bekas Editor in Chief The Malay Mail asalnya seorang wartawan sukan.

Datuk Fauzi Omar - bekas Editor in Chief The Malay Mail asalnya seorang wartawan sukan.

Wartawan sukan tak penting? Hmm...

epain said...

good point haresh...

mana tau, next menteri kbs adlh bekas wartawan sukan....

baru tau mase tu...sukan n media mcm mana...