Monday, March 15, 2010

Tahniah "untuk saya"...

Rasanya tanpa perlu diperpanjangkan, saya seperti mana rakyat Malaysia lain mengucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei yang muncul juara edisi ke 100 All England...

Kejayaan sungguh bermakna di atas muka bumi yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012...

Walaupun cuak pada mulanya melihat Chong Wei ketinggalan, tapi pengalaman nyata memisahkan kedua pemain ini...

Namun bagi saya, Kenichi Tago merupakan seorang pemain yang harus diberi perhatian...baru berusia 20 tahun dan melihat cara dia bermain, tak ubah seperti Hariyanto Arbi dengan jumping skil yang cukup kuat....

Buat BAM pula, jangan bermegah sangat, sebabnya anda harus fikir, siapakah pemain yang mampu menggantikan tempat Chong Wei satu hari nanti...

Catatan Epain: Nak dengar reax Chong Wei..mesti ada "untuk saya"...

No comments: