Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, August 16, 2010

Kembali hangat...termasuklah Epain

Huhhhh...lama betul tak update blog disebabkan kesibukan hampir melampau yg dialami Epain sebelum ni..kemuncaknya minggu lepas setelah Kursi A. Samad Ismail dilancarkan....

Ok...kembali ke cerita hangat sukan dan yg pasti antara yg hangat, macam biasa cerita bola...

Mana2 ade cerita bola sampailah ke Malaysia ni...baik atas padang mahupun di atas tempat lain...

Sebelum tu, Epain mengucapkan tahniah buat Selangor yg muncul juara Liga Super buat tahun kedua berturut-turut...kembanglag kem Selangor lepas ni...al maklumlah..dah lah menang liga Super, Liga Kerusi FAM pun hampir buat sapuan bersih....

Kerusi FAM?...Epain kalau boleh malas nak komen pepanjang...cuma Epain terkejut dgn kemenangan luar jangka beberapa calon "luar jangka"...

Buat Tengku Abdullah, selamat kembali dan buat muka baru seperti Datuk Subhan, Datuk Astaman serta nama lain, selamat bertugas...

Macam biasa, Epain dan peminat lain harapkan agar mutu bolasepak mampu ditingkatkan sebaik mereka ini terpilih, sebagaimana terpilihnya penyandang sebelum ini...

Tahniah yg special ditujukan buat Datuk Hamidin Amin...dgrnya beliau cari Epain selepas terpilih sebab dulu Epain dikatakan selalu "salah sangka" menerusi soalan panas Epain kat beliau...

Apapun Datuk, tak de dendam, dan Epain harapkan Datuk akan salurkan segala pengalaman yg ada ketika bersama FAS dengan baik utk FAM...

Tapi kalau boleh, apa kata lepaskan jawatan di negeri sepertimana saranan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin?...

Ada berani?...kalau tak berani datuk-datuk n Tan Sri, jgn mimpilah utk buat rumah ditepi pantai....jgn kata dilambung ombak, ditiup angin malam pun dah cuak....

Ok..itu cerita bola Malaysia yg akan melalui banyak lagi (bukan satu) episod yg panjang...ntah apa pulak skripnya lepas ni ye?....

Malam kelmarin n malam tadi pulak bolasepak EPL memulakan aksi rasminya...Epain sedikit kecewa dgn pasukan kesayangan, Liverpool tetapi tetap puas hati dgn keputusan seri menentang Arsenal...

Selepas ni, pastinya kedai mamak n kopitiam akan dibanjiri peminat bolasepak yg merindui aksi bolasepak terbaik setelah Piala Dunia berakhir...oooohhh Piala Dunia, walaupun dah lebih sebulan berakhir, Epain tetap tak lupakan....

Ok...rasanya sampai sini dulu...insyaAllah akan dituruti dgn posting lain...

Catatan Epain: Demam kembali....

2 comments:

Anonymous said...

Bola sepak Malaysia takkan maju kalau orang politik yang masuk campur dalam FAM. Sekali sekala cubalah try lagend - lagend bola sepak dahulu menerajui tampuk pemerintahan teratas FAM. Kelak akan berjaya punya.

p/s - sekadar ingin melontarkan pandangan. Saya sayang dengan bola sepak Malaysia. Sampai bila nak sokong negara orang bila tiba masa piala dunia.

epain said...

betul, betul dan betul komen tu...

tp nak buat mcm mana...ubah mentaliti dulu...br benda leh berubah...

selain legend...adunan terbaik pentadbiran ialah business + tehcnical + admin...

br leh mantap....itu jugak yg dilaksanakan di tempat lain especially Europe...