Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, April 26, 2008

Alahai Rasuah



Rasuah, rasuah, rasuah!!!...Dengar sahaja perkataan ni seakan sudah merasa jelik...

Tetapi hakikatnya perkataan ini tidak "dilarikan" daripada senario sesebuah negara...dan yang paling popular, bila ada pilihanraya ataupun nak dapatkan sesebuah projek...

Kini (dan sebelum ini) perkataan rasuah ni melekat pula dalam dunia sukan...

Tahun 90 an (malahan sebelumnya lagi)...gejala rasuah menjadi wabak dalam menentukan perlawanan bolasepak...akibatnya..ada yang digantung seumur hidup dan dibuang daerah...antara nama yang masih diingati Abbas Saad, Malek rahman, Yeo Swee Hock, matlan Marjan dan Farizuan Che Hamid...nama yang penuh dengan bakat sebenarnya...

Itu dulu....gejala tersebut dikatakan telah "dibersihkan" dalam sukan bolasepak...tetapi kalau diikutkan bidang saintifik, kuman mana boleh dibersihkan...

Maka kuman yang "tinggal sedikit" menjadi besar semula dan hasilnya ia (mungkin) menjadi wabak semula...

16 pemain disiasat dan ramai lagi akan dipanggil beri keterangan...ini menunjukkan gejala ini tidak pernah berhenti....tetapi ia "diam" seketika agaknya sebab ada yg merasakan sukan tempatan "tiada market"....

Hakikatnya, selagi ada kaki judi, ada bookie maka adalah gejala ini sebenarnya....boleh dikawal tapi bukan dihapuskan...selagi ada demand, adalah supply....



Tidak cukup dengan isu mengatur perlawanan, perkataan rasuah berlegar pula di Kementerian Belia dan Sukan apabila isu penyalahgunaan dana WSFFM dikaitkan dengan menteri dan pelbagai individu...

BPR mengatakan bekas menteri tidak terlibat dan secara tidak langsung kes tutup (agaknya)....

Sebelum ini pulak, datuk Ismail Sabri Yaakob tidak kisah sekiranya BPR "masuk" untuk menyiasat kes hutang RM 4 juta yang ditanggung MSN terhadap persatuan sukan...

Selain isu tersebut, Persatuan Badminton Kuala Lumpur juga dikaitkan dengan isu rasuah dan jika masih ingat, bekas naib Presiden MPGA, Abdul Aziz Ismail membuat aduan terhadap BPR dengan mengatakan bekas Pesuruhjaya Sukan, tan Sri Elyas Omar terlibat dengan rasuah dan dikatakan bersekongkol dengan Datuk Ithnin Yaakob...

Jika sebelum ini rasuah sering dikaitkan dengan politik dan pentadbiran, nampaknya "bugs" rasuah ini sudah tidak mengenal mangsa....sukan pun terlibat...

Malahan diperingkat global, isu ini turut berlegar dan antara yang menjadi mangsa terbaru, sukan tennis dan badminton...

Tapi tulah, seperti yang dikatakan sebelum ini, selagi "industry players" ni semua ada, sukar untuk melenyapkannya...

Rasuah dalam sukan pun bukan baru sebenarnya kerana dikatakan ia telah lama bermula sebab perjudian sukan telah bertapak...saya pernah interviu rakan lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari...beliau mengatakan antara sebab arwah bersara seketika pada tahun 70 an adalah kerana kecewa selepas dituduh menerima rasuah....tapi tidak digembar gemburkan sebaliknya dikatakan cedera....

Apa yang menjadi harapan kita semua, biarlah gejala "busuk" ini dipinggirkan terus...jika ramai berkata, "jauhkan politik dari sukan"...apa kata jauhkan pula rasuah dari sukan pula...

Ingatlah, peminat sudah tidak mampu lagi untuk ditipu....

2 comments:

rizal hashim said...

Salam sdr e-pain,

Kalau Arwah Mokhtar bersara disebabkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan yang menjual game ketika era amatur, adakah jika kita kembali ke status itu akan menyelesaikan masalah?

epain said...

rasuah bukanlah sesuatu yg boleh dihilangkan seperti kita menghilangkan kotoran pada baju...sekali cuci atau dua kali boleh hilang....

seeprti sys kata, ia adalah virus...dan mengenal "resmi" virus, ia tidak akan hilang...tapi kita boleh kawal...

hakikatnya, untuk menyelesaikan masalah ini....byk pihak harus tampil....

antara pokok utama permasalahan ini ialah cara hidup pemain serta tekanan hidup masing-masing....

walaupun itu bukan alasan untuk melakukan jenayah...tetapi kita perlu mencari sesuatu jalan yg paling sesuai untuk mengelakkan semua ini....kita mesti membawa kesemua pemain "keluar" dr masalah ini.....

inilah yang dikatakan...segalanya bermula di dalam hati...kalau pemain sedar ini melibatkan maruah dan harga diri...mustahil untuk ia berlaku...