Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, July 30, 2008

Membanggakan dan tidak memalukan



2-0....itulah keputusan perlawanan persahabatan antara Chelsea dengan Malaysia, malam 29 Julai...

Keputusan ini sebenarnya menimbulkan polemik yg pelbagai...antaranya ada yg menganggap pemain Chelsea bermain 50% manakala pemain Malaysia mengamalkan sistem formasi 8-2, 8 defender, 2 striker...

Tapi sy yg berada di stadium malam itu mengakui bahawa Malaysia beraksi dengan baik...sy tidak ada statistik lengkap, tapi, sekurang-kyrangnya kita ada 5 shot on target selain 4 shot off target yg benar2 keemasan...

Permainan Malaysia semakin matang...sy pernah saksikan perlawanan Malaysia-Brazil serta live Malaysia - Man United....game malam tadi sangat berbeza...ada kematangan namun masih terdapat pemain Malaysia yg takut2 dan tidak kurang yg main ala2 "bulldozer"....

Permainan Chelsea tidak perlu dikomen...cuma nantikan pembaharuan dengan kemasukan Deco disamping Luis felipe Scolari yg mengamalkan corak permainan "samba laju"...

Peminat?...seperti dijangka, 90% yang memakai jersey Chelsea mahupun baju biru...itu tidak mengapa sebab mereka tidak "boo" pasukan negara sendiri...tidak seperti Mal u-19 vs MyTeam dulu....yg dtg dgn semangat Malaysia pula, syabas sbb sentiasa yakin dgn pasukan negara...apa2 hal tahniah sbb 98% yg dtg merupakan peminat berbayar...jadi apa kata jgn lupa sokong pasukan negeri/kelab anda dgn melaburkan RM 10 satu game...

saya?...seperti yg sy azamkan...sy pakai baju Liverpool, tapi bukan yg ada sign Carlsbergla....

Cuma sekarang ni, kesemua kita perlu fikirkan pula secara jangka panjang utk memajukan bolasepak kita...rasanya kurang wajar sekadar menilai menerusi satu perlawanan...sbb, jgn pulak nanti, pada saingan Piala AFF, dgn Laos pun kita kena lanyak...

Catatan Epain: Ntah bila la Liverpool nak datang Malaysia...

Monday, July 28, 2008

Cheh-sea vs Harimau Malaya





29 Julai 2008...tarikh yg akan dimasukkan dalam "diari" FAM dan bolasepak negara sebagai satu sejarah...iaitu kedatangan naib juara Liga Juara-juara Eropah 2007/08, Chelsea yg turut dikenali sebagai Chelski...

Sy secara peribadi sememangnya tidak berapa gemar dengan kehadiran Chelsea, bukannya sebab sy ni peminat Liverpool, tetapi lebih kepada pengisiannya...

Apa yg kita dapat?...Adakah bolasepak kita akan maju?..Sudah tentu tidak...

Dan sy boleh agak, stadium Shah Alam akan diwarnai dengan warna biru berbanding warna kuning hitam mahupun warna Jalur Gemilang...nak buat mcm mana, peminat Chelsea ramai...

Sy juga percaya, akan ada "double standard" bila bercakap bab liputan...yelah, kalau boleh semua nak cover...sedangkan sy terfikir, mcm mana agaknya kalau Malaysia yg pergi Stamford Bridge?...mcm mana agaknya layanannya?...ada sambutan Bagpipe?..ada karpet merah?...ada chartered flight?...belum tentu...

walau apa pun, buat peminat Chelski, semoga terhibur..dan buat peminat yg dtg dgn baju harimau malaya, sy ucapkan syabas...

Catatan epain: Kalau boleh nak interview Roman Avramovich

Wednesday, July 23, 2008

Datuk, Atuk, Latuk, Grandpa




Hmmm..rasanya belum terlambat utk mengucapkan tahniah kpd "org besar" terbaru negara ini iaitu Datuk Nicol Ann David dan Datuk Ng Boon Bee....

Menarik betul kalau tengok 2 senario ni...

Datuk Nicol baru bergelumang tak sampai 15 tahun dalam arena sukan dunia dah di beri penghargaan setinggi rupa...manakala Datuk Ng Boon Bee yg telah berjuang lebih 20 tahun dan telah lama bersara baru merasa..malahan beliau kini berusia 70 tahun...

Tapi tak kisahlah...sebab itu terserah kpd Ketua Negeri yg menganugerahkannya...

Cuma sememangnya Datuk Nicol dpt gelaran terlalu awal...secara peribadi saya rasa adalah lebih baik bapanya, Desmond David yang diberi gelaran tersebut dulu..sebab bapa dan ibu Nicol tidak pernah kering keringat menyokong serikandi negara ini...Ketika Nicol tak hadir di Anugerah Sukan Negara, bapanyalah yg mewakili Nicol, bapa dan ibunya juga yg tidak pernah lekang menyaksikan kelibat anak kesayangan mereka andai Nicol beraksi di Malaysia...

Dalam kes ni, samalah jugak dengan Allahyarham Dato Sidek Kamar...kerana jasanya arwah lah, anak-anaknya berjaya membawa Malaysia muncul juara dalam sukan badminton...maka arwah dikurniakan dengan gelaran Dato'...

tetapi walau apapun yg diterima insan-insan ini, mereka hadir dengan satu matlamat...KEJAYAAN...siapa pun tak boleh nafikannya...lepas ni, kita tengok pula, adakah pemenang pingat emas Sukan Olimpik akan dikurniakan dengan kurniaan yang sama?...Datuk Lee Chong Wei?.....

Catatan Epain: Harap2 umur panjang untuk jadi datuk bercucu...

Thursday, July 17, 2008

Al Kisah kaki pukul dan Jutawan Maggi

Bulan Jun yg lepas ada pengumuman pening dibuat oleh TPM...iaitu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing akan dpt RM 1 juta...

Bila cerita pasal RM 1 juta..teringat sy dengan kuiz More Jutaria yg telah menjadikan Ahmad Samerin sebagai jutawan segera...

Tapi bezanya disini..dgn kerahan keringat serta melalui beberapa pusingan yg memenatkan...menang perlawanan akhir baru dpt RM 1 juta...sedangkan samerin hanya bertarung menggunakan otak + tuah namanya "SAMERIN" utk jadi jutawan segera..

Okay...1 juta..ada yg suka ada yg tak...ada kata tak logik...tapi secara peribadi, sy merasakan jumlahnya berbaloi...sebab..seseorang atlet telah menyerahkan segalanya termasuk masa emasnya untuk menang emas..yelah...kena berlatih, tinggalkan famitly utk meraih kejayaan...


Perlu ingat, zaman sekarang, 1 juta bukanlah jutawan sebenar...melainkan seseorang itu pandai manage duit yg dia dpt...apa hal pun..harapan kita...bukan duit yg dikejar bg atlet...biarlah mereka nilai...mana lebih bernilai?...1 juta atau pingat emas olimpik yg mungkin hanya dimenangi sekali seumur hidup?...




Ni pulak kes pemain pukul penyokong...

Biarlah apa alasan..kitakan biasa mendengar..sapa yg mula dulu tak penting...tapi yg penting...nape bergaduh sampai bertumbuk?...

Penyokong yg provoke salah dan pemain yg membelasah penyokong pun salah...

Ni bukannya hidup dalam rimba...gunakan tenaga, tangan dan kaki untuk menghukum...pemain perlu sedar...mesti ada sebab untuk penyokong marah..yg si penyokong pulak...berbaloikah apa yg dilakukan?...hanya sebab kecewa habis maki hamun pemain...apa yg diorang dapat?....

kesimpulannya jadilah seorang yg professional.."professional" bukan sekadar dlm buku je brader....tapi perangai mahu kena jaga...

Kata epain: Nak beli loteri...menang 1 juta, cari kaki pukul untuk jadi bouncer...

Wednesday, July 16, 2008

Al Fatihah...


Pada mulanya sy bercadang utk menulis posting ni khusus memperingati lagenda bolasepak kita, Allahyarham Mokhtar Dahari...sememangnya sy "berehat" lama utk menunggu kehadiran Julai...atau lebih tepat 11 Julai..

Tapi tak disangka rupanya bulan Julai ini juga menyaksikan seorang lagi lagenda, Allahyarham Dato Ahmad basri Akil pergi selama-lamanya...

Sy memang terkejut...tapi itulah kuasa Allah, siapa jua tanpa kita menduga, kalau itu ketentuanNya..kita tidak dpt lari...

Rasanya tak perlu di perkatakan siapa Dato Ahmad Basri...

Sy tidak pernah bercakap secara dekat..tetapi kalau tak silap pernah berbicara dengannya dalam forum laman web penyokong kedah...

Secara peribadi...sy anggap dia seperti Bill Shankly atau Bob Paiseley utk bola Kedah...bermula dgn pengurusannya, Kedah muncul kuasa utama bolasepak negara ini...3 kali percubaan (1987-1989) gagal namun akhirnya Kedah muncul juara Piala Malaysia 1990...

Formula arwah tidak susah utk difahami..yakni segala kejayaan bermula dgn asas yg kukuh...maka lahirlah beberapa akademi termasuklah akademi bolasepak Kedah...

Arwah seorang yg lantang..tetapi sebenarnya "bertempat dan tepat"...walaupun arwah masih menjalani hukuman penggantungan oleh FAM kerana kritikannya dlm Harian Metro...

Walau apa pun coretannya, tiada lagi kelibat Dato Ahmad Basri...tiada lagi celotehynya..apa yg ada hanyalah kenangan dan ingatan...
n
Tetapi apa yg penting, sekalipun Dato Ahmad Basri tiada lg...apa yg penting semangat dan aspirasinya kita perlu dokong bersama-sama....Al fatihah



Dikesempatan ini juga, ingin sy sampaika Slam Takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Mokhtar Dahari yg meinggal dunia, 17 tahun yg lalu....Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat...