Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, October 3, 2009

Mestikah bermula dengan Nicol Ann David?

Saya sememangnya menantikan hasil pembentangan kabinet terhadap cadangan meletakkan nama sesetengah pusat sukan atas nama atlet tersohor....

Walaupun secara terus (direct) tidak memberikan impak segera terhadap sukan negara namun ia sedikit sebanyak menceritakan kepada generasi akan datang bahawa mereka ini merupakan wira negara...

Tetapi saya agak terkilan kerana dalam ramai-ramai wira negara, nama Nicol David yang muncul dahulu...walaupun sekadar nama salah satu gelanggang di Pusat Skuash Nasional Bukit Jalil, tetapi saya rasa ia "terlalu awal"....

Jika betul idea ini terhasil daripada beberapa pusat/gelanggang sukan di luar negara seperti Rod Laver Arena dan Arthur Ashe maka benda yang sama patut dilakukan....

Sepatutnya ia boleh dicadangkan begini...Kompleks Sukan Mokhtar Dahari dinamakan terhadap kompleks sukan Kg Pandan (kampung Supermokh) bagi menceritakan kegemilangan bolasepak....Kompleks Sukan M. Jegathesan (olahraga) dan Stadium Badminton Eddy Chong....

Secara tidak langsung melengkapkan "wira 1Malaysia" tetapi yang lebih penting, ang dahulu patut didahulukan....

Bukanlah maksud saya menidakkan pencapaian Nicol tetapi rasanya, ia patut dimulakan dengan wira sebelum ini yang sinonim dengan sukan masing-masing....Dalam hal ini, saya sangat bersetuju dengan Persatuan Badminton Selangor yang menamakan Dewan Badminton Kg Attap kepada "Dewan Dato' Sidek"...walaupun arwah bukan pemain badminton, tetapi sumbangan beliau sangat besar dalam mendidik anak-anaknya menjadi wira negara dalam sukan badminton....

Catatan Epain: Saya nak letak nama "Gimnasium Epain" je....

2 comments:

rizal hashim said...

setuju!

Anonymous said...

ok laa tu... skurang2nya Nicol tu byk juga kejayaan walau dlm masa yg singkat blm tercatat dlm sejarah, tetapi yg dilakarnya itu sudahpun sejarah... xpe mungkin lps ni menteri akan nampak dan akan realisasikan apa yg en epain WORLD! sarankan itu menjadi kenyataan
majulah sukan untuk negara