Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, June 11, 2010

Sapa yang bakal menang?


Malam ini maka bermula lah edisi ke 19 kejohanan bolasepak terulung dunia, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan...

Kebiasaannya, juara bertahan edisi sebelumnya memulakan aksi pembukaan namun kali ini, tuan rumah, Afrika Selatan diberi penghormatan untuk memulakan aksi sulung dengan bertemu Mexico dalam saingan kumpulan A...

Kebiasaannya juga terutama semenjak 1990, semua peminat menantikan kejutan yang dibuat pasukan kerdil dan masih ingat lagi bagaimana Cameroon memalukan Argentina pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 1990 di Itali menerusi kemenangan 1-0 dan perlawanan tersebut masih dianggap sebagai kejutan terbesar pernah dicipta dalam saingan Piala Dunia...

Bezanya, malam ini hanya menemukan pasukan yang tidak pernah muncul juara Piala Dunia namun Mexico pastinya dianggap sebagai gergasi manakala Afrika Selatan lebih bertindak sebagai underdog....

Cuma Afrika juga dianggap sebagai pilihan memandangkan mereka bakal mendapat bantuan pemain ke 12, penyokong setia Bafana Bafana mereka...



Bagi Epain, saingan sebenar hanya bermula esok atau perlawanan selepas pembukaan iaitu Perancis bertemu Uruguay dan esok pula menemukan Argentina dengan Nigeria...

Perancis pastinya ingin memadam malu yang pernah terpalit pada saingan 2002 di Korea dan Jepun dimana mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan walaupun mereka turun sebagai juara bertahan dimana Uruguay merupakan sebahagian daripada pasukan didalam kumpulan mereka...

Argentina juga mempunyai cerita tersendiri dengan NIgeria khususnya jurulatih, Diego Maradona....

Pada saingan 1994, Argentina tidak mampu pergi jauh dimana pada saingan tersebut, Maradona merupakan ketua pasukan dan beliau pula hanya beraksi selepas dibebaskan daripada penggantungan akibat penggunaan dadah...apapun, kali ini Maradona pula mahu membuktikan bahawa dia mampu menjulang kejuaraan sebagai jurulatih, sepertimana yang dilakukan Franz Backenbauer di Jerman....

Jadi, nantikan aksi-aksi seterusnya....

Catatan Epain: Ramalan...Afrika menang 1-0...Perancis menang 2-0

No comments: