Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, June 9, 2010

Yang ini pulak dilanda demam...

Sedang ramai peminat sukan dilanda demam bolasepak, penganjuran SUKMA di Melaka pula menampakkan kesan tersendiri hasil berlangsunya Piala Dunia...

Segala tumpuan terhadap temasya sukan terbesar Malaysia itu seakan lenyap baik dibibir peminat mahupun dalam paparan akhbar atau media elektronik...

Epain lihat sekurang-kurangnya nisbah laporan SUkma dengan Piala Dunia mencecah 1:5 sehari atau sehalaman...

Sememangnya senario ini tidak baik untuk Sukma yang telah dianjurkan buat kali ke 13 dan sememangnya menyedihkan buat Melaka yang bersedia sejak 4 tahun lepas dalam menganjurkannya malahan Epain sendiri masih ingat bagaimana Ketua Menteri mahu membuat "bidding" sebagai tuan rumah...walaupun pelik tetapi ia mencerminkan kesungguhan Melaka...

Bagi Epain, perkara ini tidak lebih kepada kepekaan penganjur sendiri dalam memilih tarikh dan ia seakan mengulangi "tragedi 2002" dimana kejohanan bolasepak Liga Perdana tetap dianjurkan dan bertembung dengan Piala Dunia...

Penyudahnya, hampir setiap stadium hanya ditonton tidak lebih 2 ribu penyokong pada satu-satu perlawanan...

Sungguhpun SUKMA kali ini tidak bertembung dari segi masa namun penganjur seharusnya faham bahawa Piala Dunia bakal "mengambil alih" segala topik atau isu hatta politik sekalipun pada ketika ia berlangsung...

Maka, apalah sangat SUKMA yang kadang-kadang ada diantara rakyat Malaysia sendiri tak tau kewujudannya apatah lagi jika ia sedang dianjurkan...

Epain secara kebetulan akan berada di Melaka pada 17 hingga 20 Jun, maka insyaAllah Epain dan keluarga akan menyaksikan salah satu perlawanan atau acara..

Jadi, Epain juga berharap agar SUKMA juga terus disokong..lupakanlah sebentar bahawa penganjur seakan tidak peka dengan pemilihan tarikh...

Catatan Epain: Hmmmm...nak tengok acara ape ye?....

No comments: