Wednesday, February 15, 2012

Ada harapan...atau Harapan ada?

Akibat terlalu sibuk dengan tugas hakiki yang semakin bertambah, Epain mengakui sukar untuk update blog ni secara regular tapi InsyaAllah akan tetap diteruskan...

Sebenarnya telah sekian lama untuk Epain komen pelbagai isu yang ada dalam sukan Malaysia ni tapi banyak2 pun, sebenarnya bebalik ke situ juga...

seperti biasa, 2 sukan utama, bolasepak dan badminton jadi tumpuan...khususnya untuk tahun 2012...

Bolasepak bakal berdepan saingan Piala Suzuki bagi mempertahankannya manakala badminton mempunyai misi lebih besar, kembalikan Piala Thomas dan bawa pulang emas Olimpik...

Tapi apapun, 2 sukan memang kelakar...

Yang satunya diulit pelbagai isu dan terbaru (atau sudah lama) ialah isu rasuah manakala badminton berdepan dengan isu "kepupusan pemain"...

Epain nak fokus sikit dengan badminton...

Bila BAM kata emas Olimpik jadi keutamaan, mungkin ramai setuju tapi bila melihat skuad Piala Thomas ala2 bakal kena lanyak, lebih ramai yang sedih sebenarnya...

Epain tak faham bila diorang kata tumpuan lebih kepada Olimpik tetapi mereka takkan tak sedar yang Piala Thomas adalah berpasukan dan melibatkan negara manakala Olimpik adalah individu...

BAM sedar buat masa ini hanya ada Lee Chong Wei yang sangat diharapkan untuk menang, jadi Olimpik nampak lebih cerah berbanding Piala Thomas...

Tetapi memberikan terlalu banyak tekanan kepada Chong Wei sebenarnya bakal mengundang malapetaka...

Epain tak nak bernegatif, tetapi percayalah, tekanan terlalu tinggi (melebihi Gunung Everest) terhadap Chong Wei hanya akan membuatkan kita melopong (mintak2 jangan)...

Dan di Piala thomas pulak, bagus untuk bermula sebagai underdog, kerana selama ini jika Malaysia bermain atas nama underdog itulah yang membuatkan kita boleh menang...

Tapi, janganlah undermind kemampuan...dan lebih penting, janganlah angkat tangan n kaki dulu sebelum turun bertarung...

Lawan lah dulu, tetapi mainlah dengan semangat yang membuak2....

Catatan Epain; Tetap lawan walaupun lauk...

1 comment:

Gerrard said...

nice