Wednesday, September 4, 2013

'Marah?...nanti kena jual'

Wahhhh...nampaknya kali ni Epain betul2 lama tak menjenguk Epainworld ni...malas nak beralasan lagi dan dalam masa yang sama malas jugak nak 'berjanji' untuk buat itu-ini untuk dan melalui blog ni... Pasni, jalan je...ape nak buat, apa nak luah, kita redah... Tetapi, walaupun lama tak buat sebarang posting di blog ni, tak semestinya Epain tak mengikuti langsung perkembangan sukan...cuma kalau nak summarize apa yang berlaku sepanjang lebih setahun lepas, mungkin berbulan takkan habis... Pendek cerita...kisah sukan kat Malaysia ni ada pasang-surut dan suka-duka nya...bab kejayaan gemilang?...susah nak kata Apapun, sepanjang tahun lepas dan tahun ni, yang paling menjadi buah mulut pastinya pelantikan YB Rembau most wanted, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan setelah memenangi kerusi Parlimen Rembau pada PRU 13 yang lepas...kali ini tiada lagi faktor bapa mertua, YB KJ nampaknya menang besar... Epain dari awal lagi sememangnya telah menjangka KJ akan dilantik mungkin sebab melihat 'kesabaran' KJ selepas beberapa kali 'dilepas pandang' Portfolio KBS juga tepat buat KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN... Cumanya YB KJ nampaknya sedikit 'keras' di awal pelantikan dan seolah-olah ada 'unfinished business' dengan FAM, persatuan yang pernah menyaksikan beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden... Pandangan KJ terhadap bola dilihat seolah-olah KJ adalah Menteri bola bukannya KBS... Tetapi mungkin sebab terlalu sayang dengan bola dan jangan lupa, KJ juga yang mengilhamkan Myteam yang kini entah apa jadi... Terkini, selepas melihat team takraw Malaysia kalah dengan Korea Selatan di final Siri Istaf di India, YB KJ berkata, peruntukan akan ditarik buat persatuan sukan yang gagal menunjukkan peningkatan apatah lagi sampai ke tahap memalukan... Bab takraw, rasanya ramai lagi yang marah...tetapi nak buat macam mana...takraw bukannya prospek emas Olimpik...maka siapa yang peduli?...tapi bila kalah dengan pasukan macam Korea yang berguru dengan Malaysia, maka habis macam2 benda yang jadi.... YB marah?....samalah kita tapi tak kena jual.... Kata Epain - hantam sajalah labuuuu

No comments: