Selamat Tahun Baharu 2020

Tuesday, April 29, 2008

Olimpik atau Oh, lembik?




4 bulan dari sekarang...mata seluruh dunia akan tertumpu ke Beijing dengan berlangsungnya Sukan Olimpik...temasya terbesar dunia...pingat idaman semua...

Malaysia tidak kurang merasai kehangatannya dan ia terpancar ketika berlangsungnya larian Obor 21 April lalu...

Namun tumpuan kini terarah terhadap atlet negara dalam membawa pulang pingat emas pertama...dan ia pastinya menjadi hadiah terbaik sempena kemerdekaan negara ke 50...

Tapi dalam masa yang sama...ramai yang bertanya...mapukah kita?...

Atau kita akan terus kempunan bukan sahaja pingat emas, malahan sebarang pingat...seperti mana yang berlaku di Australia dan Athens....

Semua mengharapkan pingat tersebut hadir menerusi acara badminton walaupun acara berbasikal dan menembak turut mempunyai peluang cuma tidak tahu cerah atau gelap....

Tapi sejak acara badminton mula dipertandingkan pada 1992 di Barcelona, sememangnya hanya badminton yang mampu...sukan lain dikatakan "jauh panggang dari api"....

4 dan 8 tahun lepas harapan tetap sama, tapi tidak kesampaian...dan kini dengan hanya tinggal 4 bulan, harapan kembali menggunung...

Sekali lagi...mampukan kita?...kerana mengenal resmi badminton, bila masa diperlukan itulah yang dihampakan...tapi kalau tak harap, menjadi pulak...tengok contoh All England 2003 dan 2007....siapa sangka pemain kita mampu mencatat sejarah?....tapi bila diharapkan, hancur..tengok pulak apa yang jadi pada kejohanan dunia di KL....



Rasanya khusus untuk badminton, kita tak payah bagi perhatian lebih...biarkan sahaja...sampai masa baru kita harapkan....sebab kadang-kadang, pujian juga adalah tekanan apatah lagi kritikan...

Kita harus biar pemain fikir, apa yang mereka buat untuk siapa....bukan sesiapa tetapi untuk mereka jugak...mereka pastinya mahu satu hari nanti nama mereka diingati...setidak-tidaknya oleh keturunan mereka sendiri....

Untuk itu, kita mahu pemain kita benar-benar merasai semangat olimpik....jangan pulak nanti digelar "sang lembik"...

Monday, April 28, 2008

Kembali ke "Zaman Kuno"?


Bekas KP MSN, Datuk Wira Mazlan Ahmad sekali lagi menegaskan bahawa liga bolasepak di malaysia perlu diamaturkan semula...

Setelah lebih 10 tahun liga M menjadi Liga Pro, ada yang masih berpendapat ia belum mampu memajukan sukan nombor 1 dunia itu di Malaysia...

Terfikir balik, ada kebenarannya, kerana sejak bolasepak menjadi Liga Pro, tiada kemajuan yang mampu dicapai...balik2 ranking terus jatuh...

Ada yang kata, elok, tidak kurang juga yang menolak...yelah..secara logik siapa yang suka untuk berundur setelah ke depan...

Tetapi fikir balik, apa salahnya masuk gear reverse kalau untuk kebaikan...

Jika benar liga amatur mampu mengembalikan kegemilangan dan paling penting menghapuskan rasuah, ia adalah cadangan terbaik....tetapi kalau tidak ke mana juga, satu mekanisme baru perlu dicari segera...

masalah rasuah bolasepak sebenarnya melibatkan terlalu banyak faktor...cara hidup, pembayaran gaji, kemewahan, gelap mata...itu semua punca rasuah...

bagi saya, antara cara untuk menanganinya jangka panjang ialah menyediakan "career path" untuk setiap pemain....

Yelah, kalau amatur, dia terpaksa memegang 2 peranan dalam kehidupannya iaitu sebagai pemain dan pekerja...tapi kalau ada career path, semua orang tahu haluan pekerjaan masing-masing...

Saya pernah duduk semeja dengan bekas pemain Selangor/KL...yang kini seakan "hilang punca" selepas hilang mata pencarian kerana dah "expired"...

Saya cadangkan beberapa cadangan, tapi melihat riak muka, dia seakan "tidak mampu" melaksanakan cadangan itu....

tetapi walau apapun mekanisme yang menjauhkan rasuah...kita harap agar gejala ini tidak lagi menjadi kudis dalam sukan negara....

Biarlah berundur untuk memperbetulkan kedudukan daripada meluru ke depan tanpa sebarang hasil....

Saturday, April 26, 2008

Alahai Rasuah



Rasuah, rasuah, rasuah!!!...Dengar sahaja perkataan ni seakan sudah merasa jelik...

Tetapi hakikatnya perkataan ini tidak "dilarikan" daripada senario sesebuah negara...dan yang paling popular, bila ada pilihanraya ataupun nak dapatkan sesebuah projek...

Kini (dan sebelum ini) perkataan rasuah ni melekat pula dalam dunia sukan...

Tahun 90 an (malahan sebelumnya lagi)...gejala rasuah menjadi wabak dalam menentukan perlawanan bolasepak...akibatnya..ada yang digantung seumur hidup dan dibuang daerah...antara nama yang masih diingati Abbas Saad, Malek rahman, Yeo Swee Hock, matlan Marjan dan Farizuan Che Hamid...nama yang penuh dengan bakat sebenarnya...

Itu dulu....gejala tersebut dikatakan telah "dibersihkan" dalam sukan bolasepak...tetapi kalau diikutkan bidang saintifik, kuman mana boleh dibersihkan...

Maka kuman yang "tinggal sedikit" menjadi besar semula dan hasilnya ia (mungkin) menjadi wabak semula...

16 pemain disiasat dan ramai lagi akan dipanggil beri keterangan...ini menunjukkan gejala ini tidak pernah berhenti....tetapi ia "diam" seketika agaknya sebab ada yg merasakan sukan tempatan "tiada market"....

Hakikatnya, selagi ada kaki judi, ada bookie maka adalah gejala ini sebenarnya....boleh dikawal tapi bukan dihapuskan...selagi ada demand, adalah supply....



Tidak cukup dengan isu mengatur perlawanan, perkataan rasuah berlegar pula di Kementerian Belia dan Sukan apabila isu penyalahgunaan dana WSFFM dikaitkan dengan menteri dan pelbagai individu...

BPR mengatakan bekas menteri tidak terlibat dan secara tidak langsung kes tutup (agaknya)....

Sebelum ini pulak, datuk Ismail Sabri Yaakob tidak kisah sekiranya BPR "masuk" untuk menyiasat kes hutang RM 4 juta yang ditanggung MSN terhadap persatuan sukan...

Selain isu tersebut, Persatuan Badminton Kuala Lumpur juga dikaitkan dengan isu rasuah dan jika masih ingat, bekas naib Presiden MPGA, Abdul Aziz Ismail membuat aduan terhadap BPR dengan mengatakan bekas Pesuruhjaya Sukan, tan Sri Elyas Omar terlibat dengan rasuah dan dikatakan bersekongkol dengan Datuk Ithnin Yaakob...

Jika sebelum ini rasuah sering dikaitkan dengan politik dan pentadbiran, nampaknya "bugs" rasuah ini sudah tidak mengenal mangsa....sukan pun terlibat...

Malahan diperingkat global, isu ini turut berlegar dan antara yang menjadi mangsa terbaru, sukan tennis dan badminton...

Tapi tulah, seperti yang dikatakan sebelum ini, selagi "industry players" ni semua ada, sukar untuk melenyapkannya...

Rasuah dalam sukan pun bukan baru sebenarnya kerana dikatakan ia telah lama bermula sebab perjudian sukan telah bertapak...saya pernah interviu rakan lagenda bolasepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari...beliau mengatakan antara sebab arwah bersara seketika pada tahun 70 an adalah kerana kecewa selepas dituduh menerima rasuah....tapi tidak digembar gemburkan sebaliknya dikatakan cedera....

Apa yang menjadi harapan kita semua, biarlah gejala "busuk" ini dipinggirkan terus...jika ramai berkata, "jauhkan politik dari sukan"...apa kata jauhkan pula rasuah dari sukan pula...

Ingatlah, peminat sudah tidak mampu lagi untuk ditipu....

Friday, April 11, 2008

Nik Mahmud Pesuruhjaya Sukan baru


Wednesday, April 9, 2008
Nik Mahmud Pesuruhjaya Sukan baru

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Elyas Omar sebagai Pesuruhjaya Sukan yang akan tamat tempoh perkhidmatan 15 April ini, lapor HASHNAN ABDULLAH.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, serentak itu kementerian melantik Pengerusi Penasihat Panel Sukan KBS, Datuk Nik Mahmud Nik Yusoff, 59, bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Pemilihan Nik Mahmud dibuat kerana beliau adalah bekas Ketua Setiausaha KBS yang sudah semestinya mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam berurusan dengan persatuan sukan tempatan.

“Malah, selepas tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha KBS pun, beliau masih bersama kementerian sebagai Pengerusi Penasihat Panel Sukan KBS bermula 2005,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam

Kontrak Elyas yang sepatutnya berakhir 15 Januari lalu disambung hingga 15 April ini oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ismail turut berharap, dengan pelantikan Nik Mahmud, dia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang belum dapat diselesaikan semasa Elyas memegang jawatan berkenaan.

‘‘Apa pun, itu bukan bermakna Elyas gagal melaksanakan tugasnya tetapi mana-mana yang tergantung itu dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap Nik Mahmud dapat melihat secara terperinci mana-mana klausa dan peraturan dalam usaha memperkasakan lagi akta-akta sukan sedia ada

‘‘Ini kerana kami dapat melihat ada beberapa kelonggaran dalam akta-akta sukan sedia ada,” katanya.

Nik Mahmud yang ditemui kemudian menyifatkan pelantikan tersebut satu cabaran yang getir sepanjang penglibatannya dalam bidang sukan negara.

‘‘Jika berdasarkan laporan akhbar mengenai isu-isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan sebelum ini, memang saya agak gusar menyandang jawatan ini. Tetapi saya yakin pelantikan ini dibuat kerana kepercayaan menteri kepada kebolehan saya menangani masalah yang bakal timbul,” katanya.