Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, June 12, 2008

Kalau asas tak kukuh, macam mana mahu bina puncak?

Untuk kesekian kalinya, saya menulis pasal bolasepak...

Orang ramai sering bertanya apa sudah jadi dengan bolasepak negara kita?...Kejayaan akhir yg kita semua mampu banggakan ialah pingat emas Sukan Sea 1989...atau mungkin kita boleh bangga dengan pencapaian memenangi Pestabola Merdeka 2007...

Tapi itu semua tidak membantu apabila sekarang ini kita menduduki tangga ke 169 ranking dunia..dan liga kita mendapat rating D...

Tapi daripada kita bertanya, apa sudah jadi, apa nak jadi...ada lebih baik kita fikir apa yang boleh dibuat...

nampak senang tapi susah sebenarnya...dan kesimpulan ramai ialah kita kurang pembangunan...itu memang betul...

Tapi sy tertarik utk menceritakan perbualan saya dengan seorang hamba Allah ini dan sy ajukan "soalan" beliau kepada bekas pemain kebangsaan...

Dipendek cerita, beliau mengatakan.."buat apa nak fikir jauh-jauh...pemain kita sebenarnya kekurangan asas"...

Betul atau tidak katanya?...Pada saya ada betulnya..tengok sahaja corak permainan pemain kita...

Apakah asas bolasepak?...simple antaranya menghantar (passing) dengan perlahan, passing leret, menahan bola dan asas gelecek...

Kalau kita lihat, 4 asas yg baru saya nyatakan tadi, pemain kita sememangnya lemah...kalau passing, ntah kemana, pastu pemain yg menerima hantaran pulak tahan tak betul...

Saya pun tak tau nak cakap mcm mana...kebanyakan pemain kita sebenarnya tidak melalui fasa yang betul dlm bolasepak...masa di sekolah terus je main bola...yelah, saya sendiri pernah melaluinya...saya bermain bola tanpa bermula dgn pengenalan kpd asas...

Jd, kat mana silapnya?...

Asas tak betul, tapi saya lihat pemain kita suka pulak buat skill seperti yg dilakukan Zenedine Zidane yg dipanggil 360...skill yg dilakukan Ronaldinho dan sebagainya ...

Tapi mereka ni, asasnya kukuh....lihat sahaja passing accuracy mereka....kalau tak caya tengok shj Euro 2008 sekang ni...jgn takat nak tgk gol cantik shj atau pemain handsome je...tgk percentage mereka...especially bab passing....

Jadi, apa yg saya tekankan disini, kalau asas berterabur, mcm mana kita mahu majukan diri kita...dan ia juga adlh asas kpd segala-galanya...iaitu ASAS....

Kata Epain: Teringin nak buat aksi Blanco lepasi 2 pemain defend...

Saturday, June 7, 2008

Selamatkan padang untuk generasi masa depan


Sebenarnya masa sy sedang taip ni..mood still tak ga bp nak ok memandangkan harga minyak naik....tp mcm mana pun sy gagahkan jugak menaip...

Jika posting sebelum ni sy sentuh tentang aktiviti petang yg semakin kurang...kini sy kaitkan pula dgn sesuatu yg sgt penting...iaitu padang...dan sudah tentu ianya padang bola...

Masih ingat tak dgn kes UKRC?...yg mana kerajaan Selangor pimpinan Dr Khir Toyo pernah cuba utk mengambil alih padang tersebut utk dibuat rumah...padang UKRC sebenarnya amat dekat dgn sy...sebab sy dulu sekolah di SRK 1 Kuala Ampang...dan sy pernah mengadakan friendly di situ...

Apa yg sy boleh bg tahu...padang UKRC sememangnya antara padang awam yg terbaik...masa tu sy dan rakan2 siap ckp "perghhh mcm rumput karpetlah"...dan kami menang perlawanan tu kalau tak silap dengan jaringan 3-1 menentang pasukan Kg Kuala Ampang...

Kejadian padang UKRC adalah sekelumit kisah padang bola "yg tiada pembelaan"..kenapa sy ckp tiada pembelaan?...sebab pantang ada padang mesti dibuat flat lah, aprtment lah, bangunan pejabat lah...

Cth terdekat yg berlaku ialah padang Ampang Jaya...padang itu telah di take over utk buat Sekolah...dan akibatnya padang di Ampang Jaya pun tiada..yg paling dekat ialah padang Tmn Rasmi Jaya ataupun Taman Kosas...

Sy pernah terdengar mengenai keadaan di Amsterdam atau lebih tepat tempat latihan utk Ajax Amsterdam dan "School of Excelence"...mereka mempunyai lebih 10 padang!!...wow!!..

Sy memang terkejut..itu baru Ajax...sedangkan kita di Wisma FAM pun baru ada satu padang dan kalau diukur balik dptlah 2 buah padang...

Mcm mana pulak dgn yg lain?....setidak-tidak pun kita akan jumpa sesuatu tempat atau taman perumahan mempunyai 2 padang...Apa yg jadi sebenarnya?...adakah kita semakin lupa kepentingan pembangunan madaniah..dan hanya mementingkan duit, duit dan duit?...

Sy faham...buat bangunan lebih "masyuk" drpd maintain padang...tp harus diingat..apa yg dibuat sekarang ni adlh utk masa depan...jd dptlah disimpulkan bahawa siapa punya angkara hanya mementingkan keuntungan yg singkat...

Bg mereka..peduli apa dgn org lain!..yg penting poket aku penuh...

Sy percaya kisah padang UKRC dan padang Ampang Jaya tidak berakhir disitu shj..byk lg tempat yg akan atau telah menjadi mangsa...

Kita menyalahkan orang ramai yg hilang minat utk bersukan..tp dlm masa yg sama kemudahan tidak disediakan....

Bg sy benda mcm ni perlu diberi perhatian..kerana ia turut menyumbang pembangunan bolasepak negara ini..ataupun membudayakan sukan di Malaysia...jgn nanti bila sesuatu terjadi, kita akan jadi "typical" malaysia iaitu menuding jari...tapi kalau sebarang kejadian berlaku 20 tahun lg, kita nak tuding jari ke mana?...kubur?..fikir-fikirkanlah..

Catatan epain: Teringin nak friendly dgn team Flat Dtk Ahmad Razali

Tuesday, June 3, 2008

Minat terhadap aktiviti petang semakin pupus?


Saya sekarang ni tinggal di Taman Ehsan, Kepong. Disini terdapat sebuah padang yang kalau dikira keluasannya kira-kira 2 buah padang bola biasa...

Tapi apa yang sy dapat lihat disini kurangnya aktiviti riadhah sama penduduk taman ini mahupun sekitarnya...

Setiap kali sy melalui padang bola ini, sy sering tertanya...apa, orang dah kurang minat main bola ke?...Sebab itulah yg sy lihat...kalau ada pun adalah lebih kurang 10 orang budak muda berumur sekitar belasan tahun yg berada di situ...tapi bukan utk main bola atau riadhah, sebaliknya nak tayang motor masing-masing....

Seingat sy lah...masa sy remaja dulu, sy dan rakan2 cukup pantang ada padang bola...maklumlah, padang bola yg ada hanya utk "org besar" atau dewasa...kami yg kecik-kecik ni hanya dpt bermain di taman permainan kanak-kanak...yg keluasannya lebih kecil drpd pitch futsal...

Apa silapnya kini?...Remaja sekarang ni sy lihat lebih bergemar main "half life", "counter strike"...dan aktiviti petang seakan semakin hilang dikalangan rakyat kita....

Kalau sy dulu, tengok je jam pukul 5, dah standby main bola....pastu selagi tak maghrib, takkan berenti punya...

Setiap kali sy lihat keadaan ni...sy terdetik utk mengatakan "patutlah susah nak u cr pemain bola sekang ni?....betul ke?...sebab ia menunjukkan minat orang ramai dah semakin hilang...mereka lebih gemar merempit...sebab kalau pergi je Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman tanpa mengira hari, sy kira bilangan diorang yg merempit boleh dpt hasilkan lebih 4 pasukan bola...

Hmmmm...ntahlaa...mungkin ada yg merasakan perkara sebegini remeh...tp kengkadang yg remeh dan kecil itulah mampu menjadi besar satu hr nanti...persoalannya, bagaimana kita hendak kembalikan minat org muda kita utk kembali menghidupkan budaya sukan dan riadhah...

Catatan epain: Sekang ni main bola ngan anak je....