Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, January 28, 2010

Flip-flop Association of Malaysia (FAM)...

Disebalik kejayaan pasukan bawah 23 tahun kita muncul juara acara bolasepak Sukan Sea ke 25 di Laos tahun lepas, masih banyak benda yang membuatkan kita semua geleng kepala bila mengenangkan FAM...

Rasanya tak perlu untuk saya berselindung bahawa satu lagi episod yang sememangnya mengecewakan saya iaitu nasib yang bakal dialami pasukan Harimau Muda A yang sebelum ini dijanjikan dengan pelbagai "gula-gula" dan penyudahnya gagal dinikmati...

Peminat bolasepak sedar bahawa FAM pernah berhasrat untuk menghantar pasukan Harimau Muda A yang diterajui Azraai Khor Abdullah untuk beraksi di Liga S walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut...

Sebabnya, Singapura yang ada kini bukannya Singapura sebelum 1995 iaitu tahun mereka menarik diri daripada pertandingan Liga dan Piala Malaysia...tetapi kini dengan adanya liga sendiri, sudah pasti mereka sedikit "meninggi diri"...

Tetapi kenapa kita di Malaysia harus "tunduk" dengan "menawarkan" diri bertanding dalam Liga S sedangkan FAM mengakui bahawa liga kita masih yang terbaik (walaupun rekod menunjukkan tidak sama sekali)...

Adakah ini petanda bahawa FAM sendiri menidakkan kemampuan mereka?...

Dan sekarang ini, FAM perlu mencari jalan bagi menyelamatkan Harimau Muda A daripada tidak beraksi langsung sepanjang tahun ini sambil mengharapkan aksi antarabangsa yang entah bila akan dianjurkan FAM....

Ini semua bagi saya tidak lain tidak bukan menunjukkan satu lagi "flip-flop" FAM yang tak pernah "firm" dengan apa yang mereka lakukan walaupun Liga Pro/Super kita sudah berusia lebih 20 tahun...

Catatan Epain: Daripada Singapore, lebih main kat Vietnam...

2 comments:

SangKunang said...

kesian anak2 azrai..
terpaksa merempat di negara sendiri angkara sang penguasa yg terlalu bijak berfikir..

epain said...

ni bukan kes merempat lg ni...dah mcm terbuang pun ade...

nilah akibat bercakap tanpa berfikir, membuat tanpa melihat...