Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, December 9, 2010

Badminton perlu berada dalam ICU...

Sedang Epain buat keje sambil baca online paper...tetiba Epain terperasan artikel ni...


Status pemain pelapis badminton negara kritikal

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Sentuhan Muhammad Hafiz Hashim (gambar) tetap ditagih untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012 sekali pun prestasinya semakin gagal meyakinkan peminat badminton tanah air, memandangkan pemain pelapis negara kini berada dalam keadaan kritikal.

Semalam, Hafiz mengalami kekalahan terbaru dan terburuk, tumpas kepada pemain pelapis China yang hanya beraksi dari pusingan kelayakan, Wang Zhengmin 18-21, 12-21 seawal pusingan pertama Siri Super Terbuka Hong Kong.

Ini bukan kali pertama juara All England 2003 itu kalah mudah, malah kalah kepada pemain tidak sepatutnya di peringkat awal kejohanan, namun Hafiz akan tetap berada dalam perancangan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun sehingga tamat Temasya London 2012.

Ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek menegaskan, jika China dijadikan perbandingan, maka masalah ketandusan pemain pelapis yang dihadapi Malaysia ketika ini boleh dianggap kritikal, dan itu memaksa khidmat Hafiz diteruskan sebagai sokongan kepada jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

"Kita semua tahu bahawa prestasi Hafiz sering turun naik. Sekarang, dia berada dalam keadaan kurang bagus dan boleh kalah kepada pelapis China, namun Hafiz tetap perlu dihantar beraksi pada kejohanan utama untuk memastikan dia tidak hilang mata ranking dalam kelayakan ke Sukan Olimpik 2012.

"Walaupun ramai yang tidak gembira dengan prestasinya sekarang, namun mereka kena terima hakikat bahawa hanya Hafiz mampu memberi sokongan kepada Chong Wei kerana pemain pelapis kita tidak mencapai standard yang tinggi, dan jika kemajuan mereka dibandingkan dengan pelapis China, ia boleh dianggap kritikal,'' akui Rashid.

Kata Rashid lagi, idea untuk mengetengahkan angkatan pemain lebih muda seperti Mohd. Arif Abdul Latif, Lim Fang Yang, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Misbun Ramdan Misbun dalam lebih banyak kejohanan antarabangsa mulai tahun depan adalah langkah yang tepat, namun ia tidak akan memberi pulangan dalam masa singkat.

Rashid menganggarkan, kumpulan pemain yang dilatih oleh jurulatih dari Indonesia, Hendrawan itu memerlukan tempoh lebih daripada dua tahun untuk matang sebelum mampu memberi cabaran pada kejohanan utama dunia.

Justeru, untuk menampung keperluan pasukan negara dalam tempoh dua tahun ini, kumpulan pelapis elit yang dianggotai Liew Daren, Chan Kwong Beng, Tan Chun Seang dan Chong Wei Feng masih diperlukan walaupun mereka gagal mencipta impak selepas hampir tiga tahun diketengahkan ke arena antarabangsa, pada ketika Hafiz pula masih perlu dikekalkan.

Chen Long, pemain pelapis utama China yang datang dari angkatan yang sama dengan pasukan pelapis utama negara, sudah mula mengorak langkah besar dengan merangkul kejuaraan Siri Super pertamanya pada Terbuka China, minggu lalu. Malah, pemain seperti Du Pengyu, Zhengmin dan Wen Kai sudah mampu mencabar pemain utama dunia yang lain.


Maknanya, memang sah lah badminton atau beberapa sukan lain seperti olahraga dan sepaktakraw berada dalam keadaan "tenat"...

"Pakar rawatan" pun tak tau jenis bantuan rawatan apa lagi yang boleh diberikan...

Catatan Epain: Seram ooo kalau duduk dalam ICU...

No comments: