Selamat Tahun Baharu 2020

Friday, December 24, 2010

Gendang perang makin kuat dipalu...

Hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum M'sia dan Indonesia bertemu pada perlawanan pertama final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil..

Mengenali perseteruan kedua negara yang biasanya tercetus dalam sukan badminton, maka pertemuan kali ini dalam sukan bolasepak tidak kurang hebatnya malahan tidak keterlaluan untuk mengatakan lebih hebat berbanding final Piala Thomas...

Sebabnya jarang kedua negara ini bertemu dalam final membabitkan sukan bolasepak...

Apapun,dua2 sudahpun melaungkan amaran, keyakinan dan sebagainya sebagai usaha meningkatkan semangat pemain mahupun peminat...

Epain sebagaimana 27 juta rakyat yang lain mengharap dan mendoakan kejayaan bakal terjelma memandangkan ia bakal menjadi Piala AFF pertama buat negara sejak mula dipertandingkan jika kita muncul juara...

Cuma Epain harap kita jangan terlalu yakin sampai kita terlupa bahawa final ini akan dimainkan dua kali dan yang "sedapnya" final kedua bakal berlangsung di Gelora Bung Karno yang pastinya bergelora dengan sokongan ribuan penyokong Indonesia dan peminat nombor 1 mereka, Presiden SBY...

Hari Ahad ini pula, Epain yakin bahawa penyokong Indonesia mungkin akan melebihi 15 ribu memandangkan bagaimana FAM hendak mengawal jualan tiket...

Yelah, nama[un "serumpun", jadi Epain rasa pasti ada penyokong Indonesia "terlepas" membeli tiket yang dikhaskan untuk penyokong M'sia...

Kebimbangan FAM dan PDRM mengenai pertembungan dikalangan penyokong juga ada asasnya, tetapi tindakan meningkatkan kawalan yang disifatkan luar biasa seakan mengesahkan bahawa pergaduhan kedua penyokong ini seakan tidak boleh dielakkan...

Walhal, jika semangat kesukanan mengatasi segalanya dan penyokong pula rasional, tiada sebab untuk bergaduh melainkan mereka bergaduh atas "sebab2 lain"...

Catatan Epain: Teringat banner Piala Thomas 1992..."garuda bisa gugur"...

No comments: