Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, December 27, 2010

Gugurnya sang Garuda!!

Tak tau apa nak cakap tapi Epain sebagaimana jutaan rakyat M'sia yang lain masih lagi "dibuai" kemenangan 3-0 M'sia keatas seteru serantau, Indonesia pada perlawanan pertama final Piala AFF...

Pujian sewajarnya diberikan kepada barisan pemain yang tenang dan yang paling penting memastikan gawang Indonesia dibolosi, bukan satu tapi 3 gol!!...

Sapa yang tak puas tatkala memikirkan sebelum ini, M'sia dibelasah di Gelora Bung Karno dan malam tadi, giliran Indonesia pula merasa "kenikmatan" kekalahan yang agak besar...

Walaupun penyokong Indonesia akan membandingkan kemenangan pertama mereka yang diibaratkan sebagai cukup selesa, tetapi saingan kali ini berbeza...

Sebelum ini hanyalah perlawanan peringkat kumpulan, tapi kini ia merupakan perlawanan akhir dan bekalan 3 gol ternyata bakal membuatkan sang Garuda pening kepala memikirkan nasib mereka Rabu ini...

Mungkin kalah digelanggang lawan masih diterima tetapi Epain percaya, jutaan rakyat Indonesia tidak boleh melihat pemain M'sia menjulang kejuaraan di gelanggang keramat mereka sendiri, Gelora Bung Karno...

Apapun, Epain harap pemain tidak dibuai kemenangan selesa malam tadi, kerana 90 minit yang berbaki bukanlah satu jangka masa yang singkat...bagi yang mengejar kejuaraan, 90 minit boleh diibaratkan 90 hari...

Dan sebagaimana aksi di Bukit Jalil, Epain harapkan pemain mampu mengulangi ketenangan perlawanan pertama...kerana perlawanan kedua nanti, Gelora yang bakal menanti...

Bagi pemain terbaik, Epain pilih Norshahrul Idlan...walaupun pada mulanya Epain asyik mengomel kerana Norshahrul baru menikah pada hari Sabtu, nyata "semangat pelamin" Norshahrul membuatkan beliau mempamerkan aksi terbaik hingga mampu mencipta 2 jaringan...

Safee Sali juga harus menerima pujian sewajarnya kerana membuktikan dirinya sebagai natural goal scorer walaupun pada awalnya nampak agak kekok dek kawalan ketat pemain Indonesia terhadapnya...

Pemain lain juga mempamerkan permainan cukup baik khususnya pertahanan walaupun ada masanya mereka "terpesona" dengan kelicikan Okto dan susuk tubuh Gonzalez..

Walau apapun, kesemua pemain, jurulatih dan pengurusan berhak menerima pujian 27 juta kali daripada rakyat Malaysia...

Catatan Epain: Garuda bisa gugur, ye pak?

No comments: