Friday, June 25, 2010

Makin rancak, makin panas, makin gila!!

Epain sebenarnya memang nak post comment pasal Piala Dunia tetapi sebenarnya "tertangguh" dek beberapa "kejadian" dalam Piala Dunia itu sendiri...

Bermula dengan kemenangan besar Portugal ke atas Korea Utara, penyingkiran Perancis dan sekang ni pulak penyingkiran juara bertahan, Itali...

Sebelum ini ada cakap2 bahawa Piala Dunia kali ini merupakan edisi yang membosankan tetapi itu berdasarkan 2 atau 3 perlawanan pertama yang menyaksikan jaringan yang sedikit...

Tetapi nampak gaya, cakap2 tersebut berubah menjadi topik yang berlainan...

Keseronokan Piala Dunia kali ini bukan berkisar jaringan cantik, pemain ternama dan kemenangan besar tetapi rupanya kejutan yang dibuat pasukan yang dianggap kerdil dan juga penyingkiran pasukan "gergasi"....

Sebelum Piala Dunia, ramai meletakkan salah satu 8 pasukan pilihan mampu menjulang kejuaraan namun sekarang ia berubah walaupun masih ada yang yakin salah satu pasukan pilihan bakal membawa pulang trofi keagungan ke negara masing-masing...

Topik mengikut benua pula, nampaknya benua Amerika Selatan kali ini mencuri tumpuan dengan kesemua wakil mereka layak ke pusingan berikutnya dan tidak keterlaluan untuk mengatakan salah satu daripada 5 wakil ini akan muncul juara dan tumpuan pastinya terarah kepada Argentina dan Brazil yang telah menampilkan aksi memukau setakat ini...

Apapun, saingan kumpulan semakin menuju kemuncaknya dan sebaik pusingan kalah mati berlangsung, pastinya pasukan pilihan tetap menjadi tumpuan untuk terus melangkah ke pusingan berikutnya...

Jadi, setelah apa Epain saksikan setakat ini Epain mampu membuat jangkaan bahawa Argentina, Belanda, Portugal dan Sepanyol akan menjadi 4 pasukan terakhir...tetapi bak kata pepatah....tiang gol ada 2 sahaja, dan bola itu bulat...

Catatan Epain: Memang gila...

Tuesday, June 15, 2010

Cerita Merah...


Piala Dunia 2010 telahpun memasuki hari ke 5, tetapi cerita yang masih lagi kedengaran atau menjadi perbualan pastinya kemenangan Korea Selatan ke atas Greece...

Melihat kemenangan Korea itu, mulalah orang berkata khususnya rakyat Malaysia bahawa seakan tidak percaya Korea mampu mencipta kemenangan sebegitu ke atas juara Eropah 2004...

Ada yang berkata "dulu, Korea pun belajar main bola ngan kita"....mungkin juga "alahhh, dulu senag je kita makan Korea"... dan bermacam lagi...

Tapi tu dulu...sekarang ni jauh berbeza apatah lagi perbezaan dengan Malaysia yang seakan hanya mampu melopong melihat kemenangan Korea...dan atas "semangat Asia" ada yang berbangga dengan Korea...

Hinggakan ada satu akhbar utama "penyebar fikiran rakyat" menjadikan kemenangan Korea itu sebagai headline mereka...

Namun persoalannya...berapa ramai yang benar-benar menjadikan korea sebagai iktibar?...daripada menjadi negara yang "mimpi disiang hari dalam sukan" hingga menjadi kuasa dunia?...

Kita hanya mampu berbangga dengan kejayaan orang lain, tapi lupa bahawa ia sedikit sebanyak mampu dijadikan pengajaran...atau ada diantara kita yang masih ego bahawa kita pernah menjadi kuasa utama sukan di Asia?....

Kini, Korea tidak lagi melihat kita sebagai ancaman utama malahan jika mereka mahu datang ke sini sekalipun seakan menjadi pemanas badan sahaja bukannya sebagai pesaing utama malahan di kejohanan Pestabola merdeka sekalipun....

Takpelah...nak buat macam mana...

Dalam pada itu, Jepun juga membuatkan Asia berbangga selepas menang 1-0 ke atas Cameroon cuma nasib sedikit tidak menyebelahi satu lagi wakil "Asia" iaitu Australia yang dibelasah 4-0 oleh Jerman...

Selepas ini kita nantikan pula negara komunis, Korea Utara berdepan dengan juara 5 kali, Brazil....

Catatan Epain: Nasib baik Oranje pun menang....

Sunday, June 13, 2010

Hari "pertama"..

Tidak perlu dipanjangkan lagi, semua peminat bolasepak telahpun mengetahui bahawa Piala Dunia 2010 telah bermula secara rasmi...

Bermula dengan rasmi dalam suasana warna warni, maka segala yang "pertama" juga bermula...

Perlawanan pertama menemukan Afrika Selatan dengan Mexico...

Gol pertama?...Afrika Selatan atau Mexico yang menjaringkannya?

Kad kuning pertama dan kad merah pertama...segalanya telah diraih..kad kuning buat pemain Mexico, kad merah buat pemain Uruguay...

Kontroversi pertama...adakah pemain Mexico benar2 offside atau penjaga garisan yang "off position"?...

Banyak juga "pertama" dicipta pada hari pertama...tetapi menariknya kemenangan pertama Piala Dunia hanya dicipta pada hari kedua iaitu kemenangan 2-0 Korea Selatan ke atas Greece manakala Argentina menang 1-0 ke atas Nigeria...kedua-duanya aksi kumpulan B...

Nampaknya, yang "pertama" telah dicipta..kita nantikan pula yang "terakhir", "terbanyak" dan mungkin juga "tercantik" yang bakal dicipta pada baki 58 perlawanan...

Catatan Epain: Suka jadi pertama...

Friday, June 11, 2010

Sapa yang bakal menang?


Malam ini maka bermula lah edisi ke 19 kejohanan bolasepak terulung dunia, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan...

Kebiasaannya, juara bertahan edisi sebelumnya memulakan aksi pembukaan namun kali ini, tuan rumah, Afrika Selatan diberi penghormatan untuk memulakan aksi sulung dengan bertemu Mexico dalam saingan kumpulan A...

Kebiasaannya juga terutama semenjak 1990, semua peminat menantikan kejutan yang dibuat pasukan kerdil dan masih ingat lagi bagaimana Cameroon memalukan Argentina pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 1990 di Itali menerusi kemenangan 1-0 dan perlawanan tersebut masih dianggap sebagai kejutan terbesar pernah dicipta dalam saingan Piala Dunia...

Bezanya, malam ini hanya menemukan pasukan yang tidak pernah muncul juara Piala Dunia namun Mexico pastinya dianggap sebagai gergasi manakala Afrika Selatan lebih bertindak sebagai underdog....

Cuma Afrika juga dianggap sebagai pilihan memandangkan mereka bakal mendapat bantuan pemain ke 12, penyokong setia Bafana Bafana mereka...



Bagi Epain, saingan sebenar hanya bermula esok atau perlawanan selepas pembukaan iaitu Perancis bertemu Uruguay dan esok pula menemukan Argentina dengan Nigeria...

Perancis pastinya ingin memadam malu yang pernah terpalit pada saingan 2002 di Korea dan Jepun dimana mereka tersingkir daripada peringkat kumpulan walaupun mereka turun sebagai juara bertahan dimana Uruguay merupakan sebahagian daripada pasukan didalam kumpulan mereka...

Argentina juga mempunyai cerita tersendiri dengan NIgeria khususnya jurulatih, Diego Maradona....

Pada saingan 1994, Argentina tidak mampu pergi jauh dimana pada saingan tersebut, Maradona merupakan ketua pasukan dan beliau pula hanya beraksi selepas dibebaskan daripada penggantungan akibat penggunaan dadah...apapun, kali ini Maradona pula mahu membuktikan bahawa dia mampu menjulang kejuaraan sebagai jurulatih, sepertimana yang dilakukan Franz Backenbauer di Jerman....

Jadi, nantikan aksi-aksi seterusnya....

Catatan Epain: Ramalan...Afrika menang 1-0...Perancis menang 2-0

Wednesday, June 9, 2010

Yang ini pulak dilanda demam...

Sedang ramai peminat sukan dilanda demam bolasepak, penganjuran SUKMA di Melaka pula menampakkan kesan tersendiri hasil berlangsunya Piala Dunia...

Segala tumpuan terhadap temasya sukan terbesar Malaysia itu seakan lenyap baik dibibir peminat mahupun dalam paparan akhbar atau media elektronik...

Epain lihat sekurang-kurangnya nisbah laporan SUkma dengan Piala Dunia mencecah 1:5 sehari atau sehalaman...

Sememangnya senario ini tidak baik untuk Sukma yang telah dianjurkan buat kali ke 13 dan sememangnya menyedihkan buat Melaka yang bersedia sejak 4 tahun lepas dalam menganjurkannya malahan Epain sendiri masih ingat bagaimana Ketua Menteri mahu membuat "bidding" sebagai tuan rumah...walaupun pelik tetapi ia mencerminkan kesungguhan Melaka...

Bagi Epain, perkara ini tidak lebih kepada kepekaan penganjur sendiri dalam memilih tarikh dan ia seakan mengulangi "tragedi 2002" dimana kejohanan bolasepak Liga Perdana tetap dianjurkan dan bertembung dengan Piala Dunia...

Penyudahnya, hampir setiap stadium hanya ditonton tidak lebih 2 ribu penyokong pada satu-satu perlawanan...

Sungguhpun SUKMA kali ini tidak bertembung dari segi masa namun penganjur seharusnya faham bahawa Piala Dunia bakal "mengambil alih" segala topik atau isu hatta politik sekalipun pada ketika ia berlangsung...

Maka, apalah sangat SUKMA yang kadang-kadang ada diantara rakyat Malaysia sendiri tak tau kewujudannya apatah lagi jika ia sedang dianjurkan...

Epain secara kebetulan akan berada di Melaka pada 17 hingga 20 Jun, maka insyaAllah Epain dan keluarga akan menyaksikan salah satu perlawanan atau acara..

Jadi, Epain juga berharap agar SUKMA juga terus disokong..lupakanlah sebentar bahawa penganjur seakan tidak peka dengan pemilihan tarikh...

Catatan Epain: Hmmmm...nak tengok acara ape ye?....

Maka bermula lah demam...

Hanya 2 hari sahaja lagi, penantian peminat fanatik bolasepak pun berakhir dengan penganjuran kejohanan terulung dunia, Piala Dunia di Afrika Selatan...

Rasanya tak perlu diterangkan lagi apakah yang dikatakan mengenai Piala Dunia atau bolasepak itu sendiri....

Cuma kali ini Epain syok melihat suasana yang melanda bukan sahaja di Afrika Selatan tetapi di Malaysia sendiri...negara yang tidak pernah menganjurkan dan layak ke Piala Dunia...

Tiba-tiba sahaja hampir seluruh pelusuk negara menceritakan mengenai Piala Dunia, daripada soal siapa yang muncul juara hinggalah ke soal yang tak berapa elok iaitu judi...

Hampir semua pihak mahu dikaitkan dengan Piala Dunia atau bolasepak,....bermacam iklan, peraduan dan promosi dijalankan dan segalanya dikaitkan dengan bolasepak atau Afrika atau Piala Dunia....

Apapun, ia merupakan sebahagian rencah yang selama ini melanda dunia dan Epain sebagai antara pihak yang mempunyai kaitan tidak langsung dengan sukan sememangnya berbangga bahawa unsur-unsur penyatuan yang selama "tersimpan" dalam sukan terserlah menerusi penganjuran Piala Dunia....

Catatan Epain: Oranje pilihan Epain....