Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, April 5, 2010

Malam tadi di Awani...malam ini di Arena...

Malam tadi, Epain dijemput sekali lagi orang kuat Sukan Awani, Fadzrie Haziz dalam rancangannya, Sukan Awani Ekstra yang kali ini bersiaran pada jam 11.30 malam...

Tajuk perbincangan ialah pasca separuh Piala FA...dan antara yang menjadi highlight Epain ialah bila Fadzrie bertanyakan mengenai "kekecewaan peminat Selangor dan anda sendiri sebagai peminat Selangor"....hahaha...siapa yang tak kecewa kan?...

Epain tak sempat rakam baik menerusi kamera video ataupun stillphoto memandangkan "orang rumah" terpaksa menenangkan hero dirumah yang frust tak dapat nak ikut Epain...takpe..insyaAllah pada masa depan, giliran anda pula menjadi tetamu...manalah tau, makbul doa Epain nak lihat anda muncul antara "star" dalam sukan negara satu hari nanti...

OK...malam ini pula Epain dijemput penerbit Kafe Sukan, Slamet menjadi sebahagian daripada tetamu disamping Loose Cannon dan haresh Deol, wartawan yang masih berkhidmat dengan Malay Mail manakala Loose Cannon bekas wartawan Malay Mail...kiranya ex RTM + ex Malay Mail + "Real" Malay Mail...

Tajuknya biarlah menjadi embargo buat sementara...

Apapun, jangan lupa janji temu kita di Kafe Sukan, jam 8.00 malam hanya di Astro Arena, nadi Sukan Malaysia...(chewahh, dah macam promo pulak)...




Catatan Epain: Harap2, Loose Cannon tak lepaskan tembakan kat Epain...

2 comments:

Anonymous said...

macam ni la blogger..update! tahniah la en.epain sebab selalu sgt masuk tv skarg ni...mungkin boleh bagi assignment kat student buat analisis setiap program yang en.epain on air...amacam?
....
ikhlas tapi jauh ..ismadi"roy"..."ikat ini di kepala, agar kita tidak terpukul sesama sendiri..."

epain said...

alamak...sekali ggr dtg...

cantek gak idea tu...cuma takut studnt analisis benda lain je...