Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, December 15, 2008

Rumah tak pernah siap, pahat terus berbunyi...

Pepatah ada menyebut, "rumah siap, pahat berbunyi" merujuk kepada sesuatu perkara yang terus heboh sekalipun ianya telah berakhir...

Tetapi saya nak tukar sikitlah....sebagai merujuk kepada senario bolasepak negara kita...

rumah yang bagi saya tak pernah siap ialah kualiti bolasepak kita yang semakin hari semakin merudum...manakala pahat yang berbunyi pula saya merujuk kepada semua pihak yang pantas dan tuntas menuding jari seandainya sesuatu buruk berlaku...dan tidak lupa juga kepada FAM...kerana FAM dari pertengahan 90 an terus berbunyi tetapi takde hasil....samalah dengan perumpamaan yang saya berikan....

Baru-baru ni skuad negara diaibkan sekali lagi...jika tahun lepas di Piala Asia, kali ini di Piala Suzuki, kejohanan yang lebih kecil tarafnya berbanding Piala Asia...

Malang memang malang, tapi bagi saya lebih malang, apabila banyak pihak menyalahkan antara satu sama lain...bila jadi je macam di Piala AFF, maka keluarlah pelbagai cadangan, tohmahan dan herdikan..."bubarkan FAM!!"..."singkir semua pemain!!"..."cari jurulatih baru!!"...itu semua antara bunyi pahat yang diketuk...

Manakala FAM pulak pun macam-macam jugak...."kita yakin skuad kali ini berbeza!!"..."inilah masa kita berubah!!"...tapi dalam masa yang sama diorang berbunyi...."format liga super berubah lagi"...."tiada pemain import"...pemain import dibenar beraksi kembali"....ni pun sama jugak...macam pahat....pengabisannya rumah yang ingin di bina tidak pernah siap....

Bagi saya, kita perlu menerima kualiti bolasepak kita sudah semakin teruk...cuma apa yang perlu kini, kita semua perlu bekerja menaikkan semula tarafnya....tak payah lah kot ceritakan siapa yang pernah kita ada...apa kejayaan kita di masa lampau...

Tapi kita semua perlu mendongak ke langit....anggaplah kita ini sentiasa kecil...tetapi berjiwa besar...jangan tunjuk lagak macam kita besar sedangkan habuk pun kita takde....

Di pihak lain pula, apa kata lontarkan idea dan pendapat anda tanpa mengira masa...contoh terbaik, kita lihat sahaja tindakan bekas pemain hoki....ni menunjukkan "talk less, act more"....

Maka sama-samalah kita fikir, apa yang mampu disumbangkan bukannya terus memegang pahat tetapi rumah tak pernah siap....apa-apa hal siapkan rumah dulu...

Catatan Epain: Bukan nak bina rumah, tapi nak renovate

Thursday, December 11, 2008

Hero sebenar...

Okay...lupakan bab bola dan Sathia...

Apa kata melawat sebentar ke blog Arnaz Khairul...dia ada menceritakan cerita best walaupun tak ramai yang sedar atau ingin sedar...

Kalau kita berbangga dengan datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, jadi kita patut bangga dengan pelumba basikal cilik kita, Azizulhasni Awang...nak tau kenapa perlu bangga?....Klik SINI

Gambar: Arnaz

Catatan Epain: Gua caya sama lu Azizul!!

Antara Sathianathan dan Bernd Schuster...

Rasanya tidak perlu diperkatakan lagi lah kot pasal team Malaysia di AFF Piala Suzuki...

Hakikatnya, Malaysia gagal ke separuh akhir dan Thailand menunjukkan jalan keluar secara terhormat buat Malaysia dengan menang 3-0...

Tetapi saya terpanggil untuk mencatat sesuatu tentang nasib yang dialami B. Sathianathan...

Tempatnya bakal diambil alih jurulatih cuma nama jurulatih tersebut masih belum diperkatakan walaupun Peter Withe antara calon yang hangat...

Nasib Sathia tidak ubah macam Bernd Schuster di Real madrid, cuma cara keduanya tersingkir berbeza...

Sathia awal2 lagi sebenarnya tahu bahawa kontraknya tidak disambung selepas Khairy Jamaluddin membuat andaian tersebut dan jika ingin selamat, Malaysia kena menang Piala Suzuki...

Antara Sathia dan Schuster, memang keduanya tidak boleh disamakan taraf, cuma keduanya tetap seorang jurulatih...

Cuma saya agak tidak berkenan cara Sathia "dilayan" sebenarnya...dia diberitahu sebelum saingan bermula..malahan ketika skuad negara sedang beraksi di Myanmar...dan Sathia hanya mempunyai Pestabola Merdeka 2007 untuk dibanggakan...

Schuster pula membantu Real menjulang La Liga musim sebelum ini, namun jodoh tak panjang dan dia disingkir oleh pengurusan kelab yang seakan terkena sumpahan selepas menyingkirkan Vicente del Bosque...

Sekurang-kurangnya, Schuster mempunyai sesuatu untuk dibanggakan...dan bagi Sathia, akhirnya anda juga merasa "keperitan" duduk di Wisma FAM sejak sekian lama...

Catatan Epain: Kelab mana yang dah call you Sathia?

Monday, December 8, 2008

Ambik ubat!!

Saya kat sekolah dulu masih ingat dialog ni...Ambik ubat!!...ditujukan buat member yang kena tiow dengan cikgu disiplin...

Tapi hari ni saya nak tuju buat skuad bolasepak negara yang baru sahaj tewas 2-3 ditangan Vietnam...

Apa lagi nak cakap...nilah akibatnya kalau main bola pun sempat nak melawa macam bergambar untuk majalah Mangga...

Saya tidak mahulah menceritakan apa yang perlu dilalui pasukan kendalian B. Sathianathan ini...tetapi cukuplah saya katakan memang patut makin ramain menjauhkan diri dengan bolasepak kita...

Ada ruang untuk berubah dipersiakan...kalau nak tunjuk bahawa bola Malaysia ada peningkatan, inilah tempatnya...bukannya lawan Chelsea, MU, Arsenal je baru nak tunjuk kuat...bukannya effect ranking pun...

Walaupun lawan pasukan seperti Vietnam, Laos tetapi inilah saingan kita sebenar..inilah bumi dan langit yang sebenar...tetapi kalau ini pun masih tak mampu....jangan haraplah untuk kita kembali ke landasan sebenar...

Okay...cukup bab pasukan kebangsaan...ini satu lagi hal yang memeningkan kepala...sebelum tu, ingat tak ngan iklan biskut, kejap ada kejak takde...

Ha...itulah liga kita....PDRM yang gatal tarik diri pun menggatal dengan masuk balik...pastu FAM pulak boleh membenarkan diorang masuk Liga Super...penyudahnya 15 pasukan akan bertanding untuk musim 2009....satu lagi musim yang penuh lawak buat FIFA dan AFC...

Saya ni bukanlah "pentadbir" bolasepak..tetapi patutnya PDRM hanya dibenarkan beraksi dalam Liga Perdana, hukuman buat mereka....

Tetapi biasalah FAM...persatuan yang suka mengubah peraturan dan format maka tidak hairanlah ianya terjadi...dan sebab itu juga ramai yang makin tidak hormat dengan FAM selaku badan induk bolasepak negara ini...

Catatan Epain: Musim 2010 apa pulak formatnya?

Isyarat buat semua


Bulan Zulhijjah dalam kalendar Islam seharusnya menjadi bulan yang penuh dengan keberkatan selepas bulan Ramadhan...

Pada bulan ini, sebahagian umat Islam berada di Mekah bagi mengerjakan ibadat haji, manakala sebahagian lagi menyambut Aidiladha dengan mengadakan ibadat korban...malahan fadilat Aidiladha lebih besar berbanding Aidilfitri...takbir bergema selama 3 hari...

Namun terdapat sebilangan kita yang menyambutnya dalam keadaan yang penuh hiba...Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang sekali lagi menjadi headline selepas kejadian tanah runtuh berulang...

Saya masih ingat, pada 1993, Pengetua Sekolah Menengah Hulu Kelang, tempat saya bersekolah menengah meminta kami semua menghadiahkan Al fatihah pada pagi 11 Disember selepas Highland Towers rebah menyembah bumi...setahun selepas itu saya sempat mengunjungi Highland Towers dan saya tidak boleh bayangkan betapa dasyatnya hukum Allah pada ketika itu...

Kemudian tahun 2005 satu lagi kejadian berlaku tidak jauh daripada Highland Towers, iaitu kediaman bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Ismail Omar yang juga pengerusi bekas majikan saya....saya masih ingat saya dengan Account Exec pergi ke rumah beliau untuk mendapatkan tandatangan.

Bagi saya, semua ini menjadi peringatan buat kita semua...betapa hebatnya teknologi yang kita miliki, betapa hebatnya harta yang kita kumpul, tetapi sekali nikmat ditarik, azabnya tidak terkira...

Saya tak nak perbandingkan kejadian ini dengan apa yang manusia telah buat....tetapi segalanya berkaitan dengan manusia juga...kalau sesiapa yang pernah ke Bukit Antarabangsa, mungkin boleh mengagak tidak hairanlah ianya terjadi....

Jadi, biarlah ia menjadi peringatan buat kita semua....muslimin yang terkorban, al fatihah dan pada bukan Islam, saya ucapkan takziah...

Catatan Epain: Tak nak beli, buat rumah di lereng bukit...

Friday, December 5, 2008

Selamat Berjuang...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat berjaya buat pasukan bolasepak kebangsaan yang bakal beraksi di AFF Piala Suzuki di Phuket, Thailand...

Aksi mereka kali ini begitu istimewa memandangkan mereka diterbangkan menggunakan penerbangan tentera, Hercules C 130 dari Subang...

Walaupun terpaksa menggunakan penerbangan tersebut atas alasan keselamatan, saya harap semangat perjuangan pesawat Charlie yang biasanya digunakan untuk membawa tentera khususnya skuad payung terjun semasa beraksi di Phuket nanti...

Fikir balik bukannya senang nak naik Cahrlie sebab ia memerlukan keadaan tertentu untuk menggunakan pesawat tersebut...walaupun tak seselesa penerbangan MAS atau Airasia yang dilengkapi layanan baik pramugari, tetapi anggaplah penerbangan kali ini ibarat berjuang di medan perang....


Jangan pulak nanti, bila sampai Phuket, lepas tu berkesempatan berkunjung ke Phating beach, habis game esok nya jadi cacamerba selepas menyaksikan pelbagai "jenis tayangan" di pantai peranginan yang dianggap sebagai antara terbaik dunia itu...

Lagi satu, jangan lupa untuk jaga disiplin, maklumlah kalau pergi Thailand atau nama lainnya, Siam macam2 benda boleh jumpa...jumpa takpe, jangan "terjebak" sudah lah....

Catatan Epain: Teringin naik helikopter Nuri....