Selamat Tahun Baharu 2020

Monday, October 11, 2010

Ini bukannya tempat untuk melawak...

Kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari Lenggong, Perak, Epain sempat berhenti minum disalah sebuah warung berhampiran simpang ke Sauk (tempat peristiwa Al Maunah)...

Warung tersebut menukar siaran daripada Astro Supersport ke TV3 pada jam 8.40 pm...kiranya sempatlah tonton Segmen Sukan Buletin Utama...

Apa yang ingin Epain sentuh disini bukannya warung tersebut atau hidangan yang disediakan....tetapi bahan yang tersiar dalam Segmen Sukan tersebut.....

Epain mengaku bahawa Epain tak sempat menonton Showdown of Champions yang membariskan 6 bekas pemain handalan dunia dari pelbagai era...

Cuma Epain tak setuju dengan "niat" kehadiran mereka dan matlamat penganjur terhadap perlawanan yang ramai faham tidak lebih daripada perlawanan "pertunjukkan"....

"Pertunjukkan"?....kalau benar ia sekadar pertunjukkan, maknanya ia merupakan satu perlawanan yang tidak pernah ditonton atau disaksikan, maka itulah niat sesuatu pertunjukkan diadakan...

Tetapi dalam sukan tennis rasanya perkataan "pertunjukkan" sama sekali tidak wujud memandangkan rakyat negara ini mengetahui sukan tersebut dan ia bukannya sesuatu yang asing....

Bila tonton Buletin Utama, lagilah Epain rasa "geli geleman" sebabnya mereka menggunakan headline "...menghiburkan"...sekali dengar macam baru beraksi dalam konsert...

Bila tengok sahaja gambar yang dipaparkan lagilah Epain rasa tak sedap badan, sebab dalam perlawanan bergu campuran salah seorang pemain mempamerkan permainan sambil duduk...dan perlawanan tersebut berlangsung dalam suasana gelak ketawa....

Epain sekali lagi kurang jelas dengan tujuan perlawanan itu diadakan sebab kalau atas dasar "pembangunan sukan tenis" nyata ia langsung tidak menyumbang...

Dalam perspektif berlainan pua, jangan nanti pemain luar yang datang Malaysia hanya untuk bersuka ria dan bukannya atas sesuatu yang "serius"...

Yelah silap-silap satu hari nanti, mereka datang sebab "bercuti" dan bukannya bertanding memandangkan mereka tahu kualiti tennis negara ini tidaklah sehebat mana...

Lagi pulak kalau mereka beraksi dalam stadium kosong, lagilah malu kita dibuatnya....

Tapi nak buat macam mana, tennis bukannya minat utama rakyat negara ini (minat terhadap sukan lain pun boleh dipersoalkan)....cuma pihak terbabit mungkin dapat cari jalan terbaik dalam menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pemain yang mampu mencuri tumpuan dunia...sepertimana yang berlaku dalam sukan squash...

Dan jika kita mampu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain bertaraf dunia hatta ranking ke 40 dunia pun dah cukup sebabnya kita dapat melihat kelibat mereka dalam kejohanan utama dan pastinya Grand Slam....

Sekarang ni...nak tengok menang pingat Sukan Sea pun susah...memang patutlah pemain luar datang sini untuk bersuka ria je....itupun yang datang hanyalah pemain pencen.....hahahahh

Catatan Epain: Frust tak dapat tengok Ivan Lendl & Goran Ivanisevic...

No comments: