Selamat Tahun Baharu 2020

Thursday, October 14, 2010

Tahniah!!

Tiada apa yang Epain mampu katakan selain ucapan tahniah buat kontinjen negara di Sukan Komanwel atas kejayaan membawa pulang 12 pingat emas dari New Delhi...

Walaupun hanya mensasarkan 10 pingat emas, 2 pingat emas bonus yang diperoleh nyata menjadi khabar gembira buat sukan negara...

Namun Epain harap kejayaan sedozen pingat emas, terbaik dalam sejarah buat Malaysia tidak menjadikan kita semua alpa bahawa lebih banyak cabaran yang bakal dihadapi...

Sukan Asia, sebulan dari sekarang di Guangzhou bakal menjadi penentu bahawa kejayaan di New Delhi benar2 boleh diraikan dengan penuh kemegahan...

Harus diingat, ada beberapa penyumbang emas di New Delhi tidak dipertandingkan di Sukan Asia manakala yang bakal dipertandingkan pula bakal memperlihatkan saingan yang lebih hebat daripada negara seperti China, Korea, Timur Tengah dan Jepun mahupun negara serantau seperti Thailand dan Indonesia...

Jadi Epain harap semangat KL 98 dapat diulangi dimana pada ketika itu, Malaysia meraih 10 pingat emas dan susulan Sukan Asia Bangkok menyaksikan Malaysia turut cemerlang...

Buat sukan yang cemerlang juga, Epain harus ucapkan tahniah bukan sekadar kejayaan tetapi atas daya usaha tanpa "banyak bercakap" dan membawa pulang kejayaan yang gemilang...

Kita nantikan pula kilauan emas yang bakal dibawa dari bumi Guangzhou...

Catatan Epain: Tanpa sebarang "projek khas" boleh bawa 12 emas....ok lah tu

No comments: