Tuesday, October 26, 2010

Ini kerja gila...

Sepatutnya, peminat bolasepak khususnya peminat Kelantan dan N9 boleh mendabik dada kerana mereka telah mencatat sejarah tersendiri dalam Liga Super iaitu menjadi 2 pasukan yang layak ke final Piala Malaysia buat tahun kedua berturut-turut...

Ia sekaligus mengingatkan Epain persaingan antara Kl dan Kedah antara tahun 1987 hingga 1989 bila mana kedua-dua pasukan layak ke final secara hatrick...

Dalam saingan Liga Super, inilah kali pertama 2 pasukan yang sama bertemu di final buat 2 tahun berturut-turut...

Bagaimanapun, "kegirangan" tersebut terpaksa di sambut pula dengan berita kurang sedap dari Kelana Jaya...

Buat peminat Kelantan, mereka mempunyai sebab untuk marah sama ada marah-marah sayang ataupun marah yang membara terhadap FAM...

Selepas saingan suku akhir, mereka didenda lebih RM 50k akibat tindakan penyokong, dan sebelum mereka menerima berita hebat melangkah ke final, jurulatih mereka, B Sathianathan pula digantung selama 6 bulan...

Rasanya, ini adalah kali pertama juga buat FAM yang mengambil tindakan terhadap individu bila mana pasukannya sedang berada di puncak saingan...apa motif sebenar tindakan FAM ini Epain kurang pasti walaupun Epain ada mendengar beberapa versi cerita cumanya cerita ini dah lama berlaku dan kini Epain nampak kaitannya...

Ok...FAM membuat keputusan untuk menangguhkan hukuman bagi memberi "laluan" buat Sathia tetapi lepas tu, FAM membuat tindakan yang lagi pelik....menaikkan harga tiket kepada RM 30...

RM 30?...gila ke ape?...rasanya ini merupakan harga paling tinggi pernah Epain dengar bagi saingan tempatan setakat ini....

Epain tak leh bayangkan kalau ade peminat yang datang sejauh Tumpat, Kelantan terpaksa mengeluarkan pelbagai belanja serta harga tiket yang mahal dan Kelantan pula kecundang, macam mana? Tak ke kecewa yang amat sangat si polan ni?

Lepas tu, berapa ramai remaja yang berusia sekitar 16 hingga awal 20 tahun dapat datang ke stadium sedangkan harga tiket yang dijual mahal?...macam mana pulak dengan yang datang secara berkumpulan seperti datang dengan keluarga?...untuk keluarga yang ada anak 2, mereka terpaksa berbelanja hingga RM 120 hanya untuk tiket sahaja...

Rasanya FAM seakan "kamikaze" dengan tindakan ini sebab berdasarkan final musim lepas, hampir keseluruhan stadium penuh dan jika dibuat matematik mudah, maknanya secara kasar kutipan malam final nanti melebihi RM 4 juta...

Itu kalau penuh, yakni hampir 100k peminat yang datang, tapi kalau 30 - 50k sahaja yang datang, macam mana?....kalau nak untung ekspres pun, fikirlah jauh-jauh....

Catatan Epain: Tengok TV jelah jawabnya..."grand stand" lagi...

No comments: