Friday, October 29, 2010

Kekal di Paroi atau berpindah ke Kota Bharu?

Setelah lebih 2 bulan, kemuncak saingan Piala Malaysia menuju klimaks dengan berlangsungnya perlawanan akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil...

Pertembungan ulangan final terdahulu tetapi adakah keputusan akan berulang?

Buat masa ini, ramai yang menjangkakan Kelantan mampu menjulang piala keagungan bolasepak Malaysia itu memandangkan barisan pemain yang dimiliki skuad kendalian B Sathianathan yang dibarisi adunan "lengkap" pemain senior dan junior...

Tetapi tahun lepas pun Kelantan diberikan "odds" untuk menang, namun Negeri Sembilan menidakkan segala telaan dengan muncul juara malahan menjuarainya dengan penuh bergaya...

Kali ini Negeri Sembilan menampilkan pemain yang hampir sama dengan musim lepas, maka ramai "jang" dan "milah" merasakan Piala Malaysia akan kekal di Paroi ditambah pulak, antara keduanya, Negeri Sembilan memiliki kelebihan psikologi sebagai juara Piala FA...

Maknanya, Negeri Sembilan lebih bersemengat untuk mencipta "treble"...Sumbangsih, FA dan pastinya Piala Malaysia...

Tetapi harus diingat, setiap yang "luka" pastinya akan tampil dengan semangat yang lebih membara untuk membalas dendam, maka Kelantan punyai semangat itu setelah dimalukan Negeri Sembilan musim lepas, dalam saingan yang sama dan venue yang sama...

Kedukaan "melopong" Liga Super buat kali kedua juga pastinya membuatkan "The Red Warriors" akan tampil dengan aksi yang membara ibarat "tiada lagi hari esok" jika mereka melopong sekali lagi....

Bagi Epain secara peribadi sememangnya suka melihat perkembangan ini dan boleh merasakan bahawa final kali ini pastinya antara final yang paling sengit bakal disaksikan melainkan kedua-dua pasukan lebih gemar bertahan dan pemainnya pula lebih kerap "cari kaki" berbanding bola...

Di luar padang pula, pastinya kita tidak mahu melihat "aksi perang" ditampilkan peminat kedua-dua pasukan...

Buat peminat, kalau tak nak hormat pemain ditengah padang sekalipun atau FAM, hormatlah ketua negeri anda yang mungkin bakal mencemar duli menyaksikan perlawanan ini...

Lebih menarik, perlawanan akhir ini merupakan final pertama buat Tuanku Faris Petra sejak bergelar Sultan Muhammed ke V...maka buat peminat Kelantan, janganlah buat pasal tak tentu hala walaupun ditakdirkan skuad kijang tewas ditangan rusa...

Apapun, selamat berjuang!!

Catatan Epain: Kelantan 2 - Negeri Sembilan 0

Tuesday, October 26, 2010

Ini kerja gila...

Sepatutnya, peminat bolasepak khususnya peminat Kelantan dan N9 boleh mendabik dada kerana mereka telah mencatat sejarah tersendiri dalam Liga Super iaitu menjadi 2 pasukan yang layak ke final Piala Malaysia buat tahun kedua berturut-turut...

Ia sekaligus mengingatkan Epain persaingan antara Kl dan Kedah antara tahun 1987 hingga 1989 bila mana kedua-dua pasukan layak ke final secara hatrick...

Dalam saingan Liga Super, inilah kali pertama 2 pasukan yang sama bertemu di final buat 2 tahun berturut-turut...

Bagaimanapun, "kegirangan" tersebut terpaksa di sambut pula dengan berita kurang sedap dari Kelana Jaya...

Buat peminat Kelantan, mereka mempunyai sebab untuk marah sama ada marah-marah sayang ataupun marah yang membara terhadap FAM...

Selepas saingan suku akhir, mereka didenda lebih RM 50k akibat tindakan penyokong, dan sebelum mereka menerima berita hebat melangkah ke final, jurulatih mereka, B Sathianathan pula digantung selama 6 bulan...

Rasanya, ini adalah kali pertama juga buat FAM yang mengambil tindakan terhadap individu bila mana pasukannya sedang berada di puncak saingan...apa motif sebenar tindakan FAM ini Epain kurang pasti walaupun Epain ada mendengar beberapa versi cerita cumanya cerita ini dah lama berlaku dan kini Epain nampak kaitannya...

Ok...FAM membuat keputusan untuk menangguhkan hukuman bagi memberi "laluan" buat Sathia tetapi lepas tu, FAM membuat tindakan yang lagi pelik....menaikkan harga tiket kepada RM 30...

RM 30?...gila ke ape?...rasanya ini merupakan harga paling tinggi pernah Epain dengar bagi saingan tempatan setakat ini....

Epain tak leh bayangkan kalau ade peminat yang datang sejauh Tumpat, Kelantan terpaksa mengeluarkan pelbagai belanja serta harga tiket yang mahal dan Kelantan pula kecundang, macam mana? Tak ke kecewa yang amat sangat si polan ni?

Lepas tu, berapa ramai remaja yang berusia sekitar 16 hingga awal 20 tahun dapat datang ke stadium sedangkan harga tiket yang dijual mahal?...macam mana pulak dengan yang datang secara berkumpulan seperti datang dengan keluarga?...untuk keluarga yang ada anak 2, mereka terpaksa berbelanja hingga RM 120 hanya untuk tiket sahaja...

Rasanya FAM seakan "kamikaze" dengan tindakan ini sebab berdasarkan final musim lepas, hampir keseluruhan stadium penuh dan jika dibuat matematik mudah, maknanya secara kasar kutipan malam final nanti melebihi RM 4 juta...

Itu kalau penuh, yakni hampir 100k peminat yang datang, tapi kalau 30 - 50k sahaja yang datang, macam mana?....kalau nak untung ekspres pun, fikirlah jauh-jauh....

Catatan Epain: Tengok TV jelah jawabnya..."grand stand" lagi...

Thursday, October 21, 2010

Macam tak pernah belajar dari pengajaran...

Selain isu yang membabitkan keselamatan dalam stadium dan mercun, FAM menjadi perhatian dek hasil yang dikeluarkan JKPT mereka berkenaan jadual musim depan...

Ramai menyangka bahawa kehadiran JK baru seakan suatu "rahmat" dalam melihat perubahan Liga Super tetapi selepas keputusan mereka, pastinya ramai yang terkedu...

Tak pernah satu liga pun dalam dunia ni yang buat jadual berbentuk "pilihan" kepada tuan rumah untuk memilih waktu perlawanan...tapi FAM akan buat...

Hari yang dipilih mungkin sesuai tetapi cadangan untuk memilih sama ada bermain pukul 5 pm atau 8.45 pm memang sesuatu yang kelakar....

Seingat Epain, antara tempat yang bermain petang ialah di Stadium Penampang, Sabah dan Stadium Sheikh Ahmad, Kangar...itupun agak lama dah....

Pada ketika itu, ramai yang tak setuju dengan jadual tapi tak boleh dielakkan sebab takde kemudahan lampu limpah....

Dan sekarang ni, walau ade lampu, nak main petang?...di hari bekerja?...sape yang nak tengok?

Epain harap JKPT kena lihat semula sebelum laksanakannya sebab isu jadual telah menjadi satu "kanser" dalam FAM yang mana pada mulanya ia adalah isu kecil tetapi semakin membesar disebabkan pegawai mereka terlalu "cekap" untuk melihat jadual EPL dan Piala Dunia berbanding sesuaikan dengan liga tempatan...

Sepatutnya tidak perlu diperdebatkan dengan panjang lebar, sebaliknya jawatankuasa ini perlu BUAT KERJA (macam sepanduk di mahkamah) dan bukannya BUAT KECOH tapi isinya kosong...

Catatan Epain: Nape tak main awal pagi je...confirm tak bertembung dengan EPL...

Wednesday, October 20, 2010

Lain punya angkara, lain tanggung akibat

Selepas hampir 2 minggu, akhirnya FAM terpaksa membuat keputusan yang agak "extreme" iaitu dengan mendenda FAS dan KAFA akibat perbuatan penyokong kedua-dua pasukan yang membuat kecoh pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia....

Denda yang dikenakan agak banyak berbanding "rekod" yang pernah dicatat FAM sebelum ini iaiatu RM 50 ribu ke atas KAFA akibat rusuhan penonton tahun lepas....

Bagi Epain, ada kewajaran dikenakan denda tersebut namun dalam masa yang sama merasakan sudah tiba masanya FAM mengenakan hukuman yang sepatutnya iaitu BERMAIN DALAM STADIUM KOSONG....

Sebabnya denda yang dikenakan adalah kesalahan yang dibuat oleh penonton jadi sewajarnya penontonlah yang sepatutnya menanggung akibat dan bukannya persatuan...

Walaupun tuan rumah dikatakan tidak mengadakan kawalan keselamatan yang sepatutnya namun melihat pada malam kejadian, kawalan macam mana sekalipun tidak akan mendatangkan kesan...

Epain dan keluarga adalah sebahagian daripada penonton pada malam tersebut dimana kami duduk di pintu 7....

Jika melihat pada malam itu, jangan marahlah kalau generasi akan datang akan terus menjauhkan diri daripada bolasepak sebaliknya datang ke stadium hanya untuk "bergocoh" dan bukannya menunjukkan kehebatan di atas padang...

Epain juga terkilan sebab Epain membawa Epain Jr. yang berumur 3 tahun dan jika dia mengerti, sudah pasti ia bakal mendatangkan kesan yang tidak elok buat Epain Jr...

Jadi Epain rasa, penonton yang segelintir yang buat kecoh patutnya diberikan pengajaran yang wajar iaitu.....BERMAIN DALAM STADIUM KOSONG...

Epain pernah bertanya otai FAM, Datuk Raja Ahmad mengenai langkah ini namun Datuk Raja sedikit berdiplomatik dalam memberikan jawapan namun Epain merasakan bahawa FAM sebenarnya yang takut untuk mengenakan hukuman ini kerana takut kehilangan punca pendapatan....

Penyudahnya, kisah gaduh, mercun dan merosakkan harta benda stadium takkan selesai sampai bila-bila...

Catatan Epain: Buat apa nak gaduh...menang/kalah bukan dapat apa pun....

Thursday, October 14, 2010

Tahniah!!

Tiada apa yang Epain mampu katakan selain ucapan tahniah buat kontinjen negara di Sukan Komanwel atas kejayaan membawa pulang 12 pingat emas dari New Delhi...

Walaupun hanya mensasarkan 10 pingat emas, 2 pingat emas bonus yang diperoleh nyata menjadi khabar gembira buat sukan negara...

Namun Epain harap kejayaan sedozen pingat emas, terbaik dalam sejarah buat Malaysia tidak menjadikan kita semua alpa bahawa lebih banyak cabaran yang bakal dihadapi...

Sukan Asia, sebulan dari sekarang di Guangzhou bakal menjadi penentu bahawa kejayaan di New Delhi benar2 boleh diraikan dengan penuh kemegahan...

Harus diingat, ada beberapa penyumbang emas di New Delhi tidak dipertandingkan di Sukan Asia manakala yang bakal dipertandingkan pula bakal memperlihatkan saingan yang lebih hebat daripada negara seperti China, Korea, Timur Tengah dan Jepun mahupun negara serantau seperti Thailand dan Indonesia...

Jadi Epain harap semangat KL 98 dapat diulangi dimana pada ketika itu, Malaysia meraih 10 pingat emas dan susulan Sukan Asia Bangkok menyaksikan Malaysia turut cemerlang...

Buat sukan yang cemerlang juga, Epain harus ucapkan tahniah bukan sekadar kejayaan tetapi atas daya usaha tanpa "banyak bercakap" dan membawa pulang kejayaan yang gemilang...

Kita nantikan pula kilauan emas yang bakal dibawa dari bumi Guangzhou...

Catatan Epain: Tanpa sebarang "projek khas" boleh bawa 12 emas....ok lah tu

Monday, October 11, 2010

Ini bukannya tempat untuk melawak...

Kelmarin ketika dalam perjalanan pulang dari Lenggong, Perak, Epain sempat berhenti minum disalah sebuah warung berhampiran simpang ke Sauk (tempat peristiwa Al Maunah)...

Warung tersebut menukar siaran daripada Astro Supersport ke TV3 pada jam 8.40 pm...kiranya sempatlah tonton Segmen Sukan Buletin Utama...

Apa yang ingin Epain sentuh disini bukannya warung tersebut atau hidangan yang disediakan....tetapi bahan yang tersiar dalam Segmen Sukan tersebut.....

Epain mengaku bahawa Epain tak sempat menonton Showdown of Champions yang membariskan 6 bekas pemain handalan dunia dari pelbagai era...

Cuma Epain tak setuju dengan "niat" kehadiran mereka dan matlamat penganjur terhadap perlawanan yang ramai faham tidak lebih daripada perlawanan "pertunjukkan"....

"Pertunjukkan"?....kalau benar ia sekadar pertunjukkan, maknanya ia merupakan satu perlawanan yang tidak pernah ditonton atau disaksikan, maka itulah niat sesuatu pertunjukkan diadakan...

Tetapi dalam sukan tennis rasanya perkataan "pertunjukkan" sama sekali tidak wujud memandangkan rakyat negara ini mengetahui sukan tersebut dan ia bukannya sesuatu yang asing....

Bila tonton Buletin Utama, lagilah Epain rasa "geli geleman" sebabnya mereka menggunakan headline "...menghiburkan"...sekali dengar macam baru beraksi dalam konsert...

Bila tengok sahaja gambar yang dipaparkan lagilah Epain rasa tak sedap badan, sebab dalam perlawanan bergu campuran salah seorang pemain mempamerkan permainan sambil duduk...dan perlawanan tersebut berlangsung dalam suasana gelak ketawa....

Epain sekali lagi kurang jelas dengan tujuan perlawanan itu diadakan sebab kalau atas dasar "pembangunan sukan tenis" nyata ia langsung tidak menyumbang...

Dalam perspektif berlainan pua, jangan nanti pemain luar yang datang Malaysia hanya untuk bersuka ria dan bukannya atas sesuatu yang "serius"...

Yelah silap-silap satu hari nanti, mereka datang sebab "bercuti" dan bukannya bertanding memandangkan mereka tahu kualiti tennis negara ini tidaklah sehebat mana...

Lagi pulak kalau mereka beraksi dalam stadium kosong, lagilah malu kita dibuatnya....

Tapi nak buat macam mana, tennis bukannya minat utama rakyat negara ini (minat terhadap sukan lain pun boleh dipersoalkan)....cuma pihak terbabit mungkin dapat cari jalan terbaik dalam menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pemain yang mampu mencuri tumpuan dunia...sepertimana yang berlaku dalam sukan squash...

Dan jika kita mampu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain bertaraf dunia hatta ranking ke 40 dunia pun dah cukup sebabnya kita dapat melihat kelibat mereka dalam kejohanan utama dan pastinya Grand Slam....

Sekarang ni...nak tengok menang pingat Sukan Sea pun susah...memang patutlah pemain luar datang sini untuk bersuka ria je....itupun yang datang hanyalah pemain pencen.....hahahahh

Catatan Epain: Frust tak dapat tengok Ivan Lendl & Goran Ivanisevic...

Friday, October 8, 2010

Relek Zul...

Walaupun tidak memberi penekanan...Epain tetap mengikuti perkembangan Sukan Komanwel khususnya yang berkaitan dengan kontinjen negara...

Namun dalam bebanyak kemenangan dan kekalahan, Epain tertarik dengan nasib menimpa Azizulhasni Awang dan Josiah Ng...

Azizul menang tetapi dibatalkan sekaligus memberi kemenangan pingat emas kepada Josiah....ada baik ada tak baik....

Bagi ramai, mungkin kecewa bahawa Azizul terpaksa berputih mata setelah diberi harapan tinggi dan hanya tewas disebabkan teknikal...

Namun Epain merasakan bahawa Azizul tidak perlu terlalu runsing apatah lagi masih banyak masa buatnya dan Azizul harus ingat bahawa Sukan Olimpik adalah sasaran sebenar...

Buat Josiah, pastinya Epain ingin merakamkan ucapan tahniah...setelah lama mencuba akhirnya dapat jugak Josiah merasa pingat emas atau mungkin merasa merangkul pingat dalam temasya sukan....

Josiah seakan menjadi "unsung hero" selama ini atau lebih tepat sejak kemunculan Azizul...

Dulu khususnya pada Sukan Olimpik Athens 2004, ramai yang memberi harapan dan bila beliau gagal serta Azizul muncul, tidak ramai yang percaya bahawa Josiah mampu menyinar....

Apapun, kita harus berbangga, walau siapapun yang menang, akhirnya Malaysia dapat jugak merasa pingat emas dalam acara berbasikal Sukan Komanwel....

Catatan Epain: Nak cadang pertandingan basikal lambat pulak.....

Wednesday, October 6, 2010

Permulaan yang baik...tapi jangan terlalu yakin

Sukan Komanwel 2010 di New Delhi bermula dengan rasminya 3 Oktober lepas...'

Seperti mana warna warninya perasmian, maka Malaysia pun memulakan temasya kedua terbesar dunia ini dengan baik, 2 emas dari acara angkat berat...

Dengan menyasarkan 10 pingat emas bagi mengatasi 7 pingat emas di Melbourne sekaligus menjadi kutipan tertinggi negara di luar KL maka pelbagai pandangan diberikan...

Ada yang kata mampu ada yang kata tidak...tapi bagi Epain mampu atau tidak bukan persoalannya...tetapi persoalannya adakah kita mampu terus bertahan sampai temasya akan datang?

Epain secara peribadi ingin melihat Malaysia mengutip seberapa banyak pingat tetapi rasanya seakan tidak berguna kalau bakat2 dinegara ini seakan semakin pupus.....

Lihat sahaja pada sukan badminton....bakat yang ada sekarang mungkin akan bertahan untuk 2 tahun akan datang tetapi apa jadi 2 tahun selepas itu?...sampai bila Chong Wei harus diharapkan untuk menyumbang pingat?....

Fikir-fikirkanlah....

Catatan Epain: Nak jadi pelapis pereka baju kontinjen Malaysia je....