Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, May 10, 2008

Ayuh robohkan Tembok Besar, gugurkan Garuda



Setahun sudah berlalu....bulan Mei datang kembali...itu mcm lagu Alleycats...

Tak...yg penting selepas setahun, bulan Mei ini menyaksikan satu lagi "peperangan" penting melibatkan atlet Malaysia...

Pertama, sudah tentu badminton Piala Thomas, dan kedua Futsal AFC...

Tapi sy lebih berminat dgn Piala Thomas yg akan berlangsung di Jakarta, Indonesia...

Siapa yg tak kenal Piala Thomas?...Pada sesiapa yg tak kenal...baca ni

Piala Thomas ni bolehlah dianggap sebagai Piala Dunia badminton....walaupun sudah ada Piala Dunia...tapi Piala Thomas mempunyai keistimewaannya...segala-galanya ada...kegembiraan, kedukaan hinggakan kalau tgk Piala Thomas ni boleh kena serang sakit jantung....

8 Mei menyaksikan pemain negara termasuklah skuad Piala Uber berlepas ke Jakarta, Indonesia...Kejohanan bermula secara rasmi pada 11 Mei dgn Malaysia bakal berdepan England pada perlawanan pertama...

Hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kali terakhir kita menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992 ketika kita menjadi tuan rumah...kemenangan tersebut hadir selepas 25 tahun menunggu selepas kali terakhir menang pada 1967...

Sy masih ingat ketika itu, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang memenangi mata terakhir terhadap Rexy mainaky-Ricky Subagja tepat jam 12.32 pagi (saksikan)...dan antara sepanduk yg sy tak lupa hingga kini termasuklah "Garuda Bisa Gugur"....

Tapi selepas itu, satu demi satu kejohanan kita gugur walaupun memasuki final beberapa kali termasuklah pada tahun 1994 namun Indonesia berjaya membalas dendam dengan menewaskankita 3-0 di Istora Senayan....ntah..ada yg kata Indonesia pakai bomoh untuk menang....tapi apa pun malam tu memang pemain Malaysia lost...

Apa hal pun, tahun ini sekali harapan menggunung untuk menyaksikan kita menjulang Piala Thomas...kita mesti nak tgk gambar Arwah Tan Sri Khir Johari membawa piala keluar dr kapal terbang pada 1967 berulang...kebetulan masa tu berlangsung di Jakarta....


Tapi tulah...sy ni malas nak meletak harapan tinggi pd pemain...sebab sy ckp sebelum ni..badminton ni kalau diberikan harapan tinggi....masa tulah diorang nak spoilt....so, sy malas nak letak harapan tinggi....maklumlah..biasa org pesan, "jgn mengharap sangat, nanti kecewa"...tu yg sy tak nak berlaku...



Namun apa yg sy harapkan, pemain akan menewaskan lawan mereka satu demi satu...baru fikir final atau piala....

Halangan terbesar kita ialah Korea pada peringkat kumpulan...lepas tu dijangka bertemu Indonesia di suku akhir, denmark di separuh akhir dan china di akhir....tapi apahal pun sy harap pemain sentiasa ingat bahawa mereka adlh underdog...kerana kalau kita dan org anggap diri sebagai underdog, sudah tentu kita akan main bermati-matian sebab nak buktikan diri tu handal ke tak...

Tak perlu sy ulas satu demi satu pemain...

Sy juga berharap kita tidak lemas dek sokongan padu peminat fanatik Indonesia...natha ntah bomoh 1994 pun akan dipanggil utk membantu...jgn lupa bahawa kita pernah melemaskan sokongan peminat setia China pada tahun 2004 tapi akhirnya kita tewas di final....

Untuk pemain Malaysia, ayuh kita gugurkan Garuda, robohkan tembok besar!!!

No comments: