Tuesday, May 13, 2008

"Dia" buat lagi....

Aduh...apa lagilah citer Piala Thomas dan Uber ni...

Dari segi "permukaan" nampak segalanya ok...tapi rupanya macam ada yang tak betul pulak...

Ini semua pasal format pertandingan yang dikatakan telah diubah dan ia ternyata telah "memakan" BWF sendiri...



Timbalan Presiden BWF, Datuk Punch Gunalan yang selama ini dilihat "lebih berkuasa" drpd presiden dan Ahli Majlis sekali lagi menjadi perhatian...

Jika sebelum ini beliau menjadi perhatian ekoran pergeseran dengan Gangga Rao, kali ni pasal perubahan format Piala Thomas dan Uber...

Pasukan ditempat ketiga masih berpeluang ke suku akhir dengan syarat ia perlu menang di perlawanan play off...dan "peluang" ini digunakan Korea Selatan yg dilihat sengaja dibelasah 1-4 England pada perlawanan pertama mereka...kalau ye pun nak kalah, takkanlah sampai letak park Sung hwan dengan Lee Hyun Il sebagai pasangan bergu....sebab mereka "target" kalah ialah nak jumpa Canada/Nigeria diperingkat seterusnya...

Datuk Punch cuba menjawab...dan antara jawapannya sudah pasti terkejut dengan situasi melibat Korea...

Kita yang mendengar ni pulak sebenarnya tak terkejut sangat sebab ia macam "asam garam" badminton yang penuh dengan eksperimen...

Memula dengan sistem kiraan 7 mata...balik ke 15 mata...sekarang ini 21 mata pula...lepas ni entah apa pulak..entah-entah BWF nak letak acara trio pula kot....

Walau apapun, tahniah buat skuad Piala Thomas yang berjaya layak ke suku akhir selepas menang dengan Korea yang kembali "mengubah" taktik (keputusan ringkas)...buat skuad Uber pula, format baru menyelematkan anda kerana masih berpeluang layak jika menang di play off (keputusan ringkas)

1 comment:

kawan_ko_la said...

badminton memang macam tu...saya setuju dengan pendapat encik epain yang menyatakan badminton penuh dengan eksperimen....dan yang terbaru saya dengar, diorang nak asingkan kejohanan piala thomas dan uber tu...bagi meriah katanya....