Selamat Tahun Baharu 2020

Wednesday, May 28, 2008

Di mana kah kan dicari ganti....


29 Mei setiap tahun menandakan hari seniman atau bermulanya minggu seniman seperti yang diumumkan KeKKWa tahun lepas...

Namun pada 29 Mei 1973..negara pernah bersedih dengan kehilangan insan agung yang bernama P Ramlee...

Sy tidak pernah merasai kenikmatan hidup sezaman dgn P Ramlee...tetapi sy adlh antara peminat filem dan lagu-lagu P Ramlee...yg tidak peernah jemu ditonton walaupun sy kira sudah lebih beratus kali menonton filemnya...

Kita wajar mengingati P Ramlee sebagai insan hebat yg pernah lahir dibumi bertuah ini...beliau serba boleh khususnya didalam hiburan...apa shj peranan mampu dibawa...apa shj pekerjaan dlm bidang hiburan P Ramlee ada...pemuzik, pencipta lagu, penyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip, lakon layar malahan beliau juga berkemampuan dlm aspek teknikal dlm filem seperti cinematography...

Sesiapa wajar mencontohi P Ramlee...kalau dilihat pada BIODATAnya...P Ramlee tidak pernah memiliki pendidikan formal...tetapi lihat shj pemikirannya...beliau mampu menterjemahkan segala permasalahan khususnya org Melayu ke dlm filem...byk contoh telah diberikan...

Masalah anak durjana, ada Anakku Sazali, kisah ibu mertua, ada Ibu Mertuaku, kisah 3 shbt yg hidup berjiran dgn org Melayu, ada Seniman Bujang Lapok, cerita patriotik, ada Sarjan Hassan dan macam2 lagi...

Bg sy, beliau adlh simbol perpaduan...kenapa?...kerana filem dan lagunya mampu menarik khalayak yg bukan shj terdiri drpd org Melayu malahan kesemua kaum...

Sgt sukar utk "mendapatkan" kembali seorang P Ramlee, tetapi apa yg telah dilakukanna wajar jd ikutan...

Sy rasa tidak keterlaluan utk sy mencadangkan agar diwujudkan sebuah institut yg dinamakan "Institut Kajian P Ramlee" atau apa2 nama yg sama maksud dgnnya...ia bertujuan utk mengkaji segala aspek berkaitan dgn filem dinegara ini...apa shj...mungkin sebagai tempat kajian menambah baik filem Malaysia sedia ada...

Dlm masa yg sama ia bakal memberikan semangat kpd rakyat Malaysia utk jd seperti beliau...memang betul, apa ada pada nama...tapi bygkan 30 tahun lagi...adkh rakyat pada masa itu akan kenal P Ramlee sbg mana yg dikenali sekarang?..sekurang-kurangnya pd masa depan nama P.Ramlee mampu diketengahkan....


Sekarang ni ada "Auditorium P Ramlee", "Pustaka P. Ramlee" "Rumah P ramlee"...tapi kalau ada Institut P Ramlee, pastinya lebih bermakna kerana beliau diiktiraf sebagai cendekiawan yg mendorong rakyat Malaysia utk menonton dan menghasilkan filem...

Jd 29 Mei jgnlah sekadar diingati sebagai hari Seniman dan pemberian Anugerah Seniman Negara...namun kita wajar buat yg lebih baik....

Catatan Epain: "Jolok motosikal ye bang..."

No comments: