Tuesday, May 27, 2008

Siapa lebih layak ke Beijing?



Buat pertama kali dalam sejarah penyertaan skuad badminton ke Olimpik, Malaysia menghadapi dilemma dalam memilih pemain terbaiknya...

Bukannya sebab tiada pemain yang layak, tetapi kali ini kesnya pemain yg layak terlebih....

Jika penyertaan edisi sebelum ini BAM tidak pening kepala sebab pemain yg layak boleh kata ngam-ngam, kali ini susah sikit...

BAM atau lebih tepat jawatankuasa kejurulatihan mesti memilih antara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah atau Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif...

Mengikut kata Presiden, Datuk nadzmi Salleh, pasangan yg lebih cergas atau tiada kecederaan akan dipilih...maknanya pemeriksaan perubatan adalah antara kriteria terpenting...

Kalau sy diberi peluang memilih, sy akan memilih Fairuz-Zakry...alasannya mudah, iaitu mereka masih muda dan sememangnya lebih layak diberi peluang...

Betul, Tan Fook-Wan Wah memiliki ranking lebih tinggi...tapi bagi mereka, Olimpik kali ini adlh Olimpik terakhir....memandangkan masing-masing berumur 30an...sedangkan Fairuz-Zakry baru 24 tahun....

Bab umur nipun menimbulkan dilemma..yg satu ni terakhir manakala yg lg satu pertama...kalau susah sgt, lambung duit syiling je...

Kalau tengok permainan, Tan Fook-Wan Wah dah tak kemana...tetapi Fairuz-Zakry masih mempunyai byk "buah" yg mampu dikeluarkan di Beijing nanti...lagi satu mereka ni mempunyai semangat underdog...maknanya, mereka mempunyai azam utk upset...

Namun segalanya terletak ditangan Yap Kim Hock, Rexy Mainarky dan Jawatankuasa Pemilihan/Kejurulatihan BAM...cuma diharapkan jgnlah ada unsur favouritism dlm hal ni...pilih yg benar2 layak....

Catatan Epain: Jadi umpire je...

No comments: