Selamat Tahun Baharu 2020

Saturday, May 31, 2008

Sudah terpilih, jangan hampakan...



Setelah berteka-teki...akhirnya BAM atau Jawatankuasa Pemilih dan Jurulatih membuat keputusan menghantar bergu veteran, Choong tan Fook-Lee Wan Wah ke Sukan Olimpik Beijing...

Ia sekaligus membuatkan Zakry latif-Fairuzizuan tazari kempunan...takde rezeki...

Pemilihan tan Fook-Wan Wah sebenarnya dijangka kerana berdasarkan kenyataan datuk nadzmi Salleh....dan kenyataan menunggu laporan perubatan seakan menunggu hasil keputusan keadaan lee Wan Wah...kerana secara logik...Zakri-Fairuz memang sihat...

Tapi takpelah...cuma harapan sy dan berjuta yg lain...TOLONGLAH jgn hampakan peminat...

Sekuarng-kurangnya mara ke separuh akhir....jgn pulak nanti pusingan pertama dah sangkut..lepas tu gunakan alasan kecederaan...itu sebahagian je alasan...sy pasti kalau kalah awal alasannya...tidak cergas, cedera, pasangan lawan lebih bersedia, lawan lebih muda....

Buat BAM pulak...mereka dah memilih yg terbaik...tapi jgn nanti mereka sendiri yg menyesal...ingat...harapan rakyat Malaysia di Sukan olimpik sgt tinggit...hendak atau tidak mereka kena terima kenyataan...badminton adlh harapan terbaik utk bawa pulang pingat...

Kalau tidak nanti, balik Malaysia, makan pengat....

Catatan Epain: Hmmmmmmm...

Wednesday, May 28, 2008

Di mana kah kan dicari ganti....


29 Mei setiap tahun menandakan hari seniman atau bermulanya minggu seniman seperti yang diumumkan KeKKWa tahun lepas...

Namun pada 29 Mei 1973..negara pernah bersedih dengan kehilangan insan agung yang bernama P Ramlee...

Sy tidak pernah merasai kenikmatan hidup sezaman dgn P Ramlee...tetapi sy adlh antara peminat filem dan lagu-lagu P Ramlee...yg tidak peernah jemu ditonton walaupun sy kira sudah lebih beratus kali menonton filemnya...

Kita wajar mengingati P Ramlee sebagai insan hebat yg pernah lahir dibumi bertuah ini...beliau serba boleh khususnya didalam hiburan...apa shj peranan mampu dibawa...apa shj pekerjaan dlm bidang hiburan P Ramlee ada...pemuzik, pencipta lagu, penyanyi, pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip, lakon layar malahan beliau juga berkemampuan dlm aspek teknikal dlm filem seperti cinematography...

Sesiapa wajar mencontohi P Ramlee...kalau dilihat pada BIODATAnya...P Ramlee tidak pernah memiliki pendidikan formal...tetapi lihat shj pemikirannya...beliau mampu menterjemahkan segala permasalahan khususnya org Melayu ke dlm filem...byk contoh telah diberikan...

Masalah anak durjana, ada Anakku Sazali, kisah ibu mertua, ada Ibu Mertuaku, kisah 3 shbt yg hidup berjiran dgn org Melayu, ada Seniman Bujang Lapok, cerita patriotik, ada Sarjan Hassan dan macam2 lagi...

Bg sy, beliau adlh simbol perpaduan...kenapa?...kerana filem dan lagunya mampu menarik khalayak yg bukan shj terdiri drpd org Melayu malahan kesemua kaum...

Sgt sukar utk "mendapatkan" kembali seorang P Ramlee, tetapi apa yg telah dilakukanna wajar jd ikutan...

Sy rasa tidak keterlaluan utk sy mencadangkan agar diwujudkan sebuah institut yg dinamakan "Institut Kajian P Ramlee" atau apa2 nama yg sama maksud dgnnya...ia bertujuan utk mengkaji segala aspek berkaitan dgn filem dinegara ini...apa shj...mungkin sebagai tempat kajian menambah baik filem Malaysia sedia ada...

Dlm masa yg sama ia bakal memberikan semangat kpd rakyat Malaysia utk jd seperti beliau...memang betul, apa ada pada nama...tapi bygkan 30 tahun lagi...adkh rakyat pada masa itu akan kenal P Ramlee sbg mana yg dikenali sekarang?..sekurang-kurangnya pd masa depan nama P.Ramlee mampu diketengahkan....


Sekarang ni ada "Auditorium P Ramlee", "Pustaka P. Ramlee" "Rumah P ramlee"...tapi kalau ada Institut P Ramlee, pastinya lebih bermakna kerana beliau diiktiraf sebagai cendekiawan yg mendorong rakyat Malaysia utk menonton dan menghasilkan filem...

Jd 29 Mei jgnlah sekadar diingati sebagai hari Seniman dan pemberian Anugerah Seniman Negara...namun kita wajar buat yg lebih baik....

Catatan Epain: "Jolok motosikal ye bang..."

Tuesday, May 27, 2008

Siapa lebih layak ke Beijing?



Buat pertama kali dalam sejarah penyertaan skuad badminton ke Olimpik, Malaysia menghadapi dilemma dalam memilih pemain terbaiknya...

Bukannya sebab tiada pemain yang layak, tetapi kali ini kesnya pemain yg layak terlebih....

Jika penyertaan edisi sebelum ini BAM tidak pening kepala sebab pemain yg layak boleh kata ngam-ngam, kali ini susah sikit...

BAM atau lebih tepat jawatankuasa kejurulatihan mesti memilih antara Choong Tan Fook-Lee Wan Wah atau Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif...

Mengikut kata Presiden, Datuk nadzmi Salleh, pasangan yg lebih cergas atau tiada kecederaan akan dipilih...maknanya pemeriksaan perubatan adalah antara kriteria terpenting...

Kalau sy diberi peluang memilih, sy akan memilih Fairuz-Zakry...alasannya mudah, iaitu mereka masih muda dan sememangnya lebih layak diberi peluang...

Betul, Tan Fook-Wan Wah memiliki ranking lebih tinggi...tapi bagi mereka, Olimpik kali ini adlh Olimpik terakhir....memandangkan masing-masing berumur 30an...sedangkan Fairuz-Zakry baru 24 tahun....

Bab umur nipun menimbulkan dilemma..yg satu ni terakhir manakala yg lg satu pertama...kalau susah sgt, lambung duit syiling je...

Kalau tengok permainan, Tan Fook-Wan Wah dah tak kemana...tetapi Fairuz-Zakry masih mempunyai byk "buah" yg mampu dikeluarkan di Beijing nanti...lagi satu mereka ni mempunyai semangat underdog...maknanya, mereka mempunyai azam utk upset...

Namun segalanya terletak ditangan Yap Kim Hock, Rexy Mainarky dan Jawatankuasa Pemilihan/Kejurulatihan BAM...cuma diharapkan jgnlah ada unsur favouritism dlm hal ni...pilih yg benar2 layak....

Catatan Epain: Jadi umpire je...

Monday, May 26, 2008

Now...you see!!


Muktamad...

Itu kesimpulan yg dibuat FAM terhadap penganjuran Piala Juara Belia, CYC....

Sememangnya itulah yg terbaik..selepas Gifted group berani mencabar kedaulatan FAM sebagai badan induk bolasepak negara ini...

Bagi sy..ini bukan lagi soal menang-kalah atau menang-menang...ini adlh soal mengenai hormat dan patuh pada peraturan yg harus ditunjukkan sesuatu pihak....

Dlm hal ni Gifted mesti hormat FAM...bukan berurusan terus dgn KBS sambil menganggap KBS "lebih besar" dlm segala hal...

Sememangnya antara isu yg dimainkan ialah soal duit...bayangkan RM 51 juta dlm masa 3 tahun...kalau bg FAM...5 tahun mereka boleh jalankan liga + program pembangunan....

Tapi pengurusan KBS yg lepas lebih suka beri duit pd org lain...dan returnnya kata mereka menerusi kehadiran pelancong....okay...kalau itu alasannya...sekarang ni pengurusan lepas berada dlm pelancongan..buktikan bahawa program yg akan anda rangka lebih baik dr yg lepas...

Sy tak nak komen panjang...sbb sy pasti ramai telah menyatakan komen masing-masing...

Cuma apa yg nyata..semua pihak yg tak suka dgn CYC merasa lega manakala penganjur dan sesiapa yg mendapat kelebihan drpd CYC pastinya marah dgn keadaan ini...nak buat mcm mana....

Catatan epain: Nak tengok mcm mana sambutan pihak2 ni terhadap Pestabola Merdeka

Friday, May 23, 2008

Disiplin...retorik semata-mata?

Pergilah mana sekaipun...buatlah apa kerja sekalipun...satu perkataan yang menjadi igauan setiapnya ialah "disiplin"...

Bercakap pasal disiplin, mungkin ada yg mengatakan ia lebih sesuai diperkatakan dikalangan anggota tentera atau lebih tepat, pegawai beruniform....

Tetapi mcm yg sy cakap awal tadi...sesiapapun terlibat dgn disiplin...disiplin ni byk sebenarnya maksudnya...ada yg kata, dtg awal, ada yg kata, buat kerja "on-time"...dan bermacam lagi yg berkaitan dgn "on-time" dan tepat...

Disiplin bg sy ialah...buat sesuatu tak kira apa..mengikut tatacara yg betul....kalau kena dtg awal, awallah...kalau kena meticulous, kenalah ikut...

Bab sukan, bg saya disiplin sama level dgn tentera, polis, bomba dsb...kerana tanpanya, pincanglah seseorang itu...

Tapi tulah, ckp senang...melaksanakannya satu hal, suruh org melaksanakannya satu hal lagi...agak2, sekarang ni kuat lagi ke disiplin atlet kita?...

Bagi sy, tidak...contoh paling ketara berlaku depan mata sy ialah melihatkan pemainwah bola dtg ikut suka...lambat, tak bersungguh seakan latihan tidak penting....

Ada pulah tu seakan menjadikan jurulatih mcm adik2 je...yelah, walaupun seseorang jurulatih tu hampir sebaya, namun dia tetap jurulatih, atau kata lainnya cikgu...


Sy disini terpanggil menceritakan kembali cerita yg telah diberitahu kpd sy tetang Arwah Mokhtar Dahari...kawan-kawan rapatnya seperti en baharudin di sekolah vi menceritakan byk cerita psl arwah pd sy dan rakan setugas sy, Helmi...

dlm perbualan tu, dia cerita bagaimana arwah akan turun "paling lewat" pukul 6 pagi..sedangkan training pukul 7...dia akan berlatih seorang diri..berdekatan di satu dinding di VI (sy tak ingat nama dinding tu)...mcm jenis latihan arwah buat...pastu pulak, kalau coach suruh buat 10, dia akan buat 20...tak kiralah apa...lari keliling padang ke, turun naik tangga ke...

tapi segalanya, en baha cerita, arwah adlh org kuat dgn disiplin...dia akan berkompromi dgn disiplin terutamanya masa...masa dia bwk team kampung pandan dan VI, dia akan marah dgn player yg lambat turun berlatih....walaupun kawan baik mahpun kelewatannya hanya seminit....sebab apa dia marah?..sebab dia kata, dia boleh awal nape yg lain tak boleh?....

itu citer dlm team VI dan kpg pandan...belum masuk tang pasukan kebangsaan dan selangor...sy dgr bekas rakan sepasukan dia ckp...bab disiplin, arwah memang nombor 1....sampai sekang susah nak jumpa mcm dia....bab kewibawaan dia jgn citerlah....

itulah dia sebahagian drpd cerita berkaitan disiplin...ada yg katakannya remeh, sedangkan ia sebenarnya sangat penting...


catatan epain: dulu takut dgn cikgu disiplin, sekali kena sebat, tak boleh tidur...

Wednesday, May 21, 2008

Makan untuk Hidup atau Hidup untuk Makan?



Kalau citer pasal makan....perkataan lain yg lebih "baik" ialah diet...ada beranggapan bahawa diet sama makna dengan "discount"...

Yelah kita biasa dengar..."diet ke...diet perut atau diet poket?"....

Tapi hakikatnya makna diet sebenar ialah amalan pemakanan sama ada betul atau tidak...okay..sy bukan nak jadi nutritionist...sebab sy pun "kaki" makan jugak...

Cuma sy nak ulas sikit pasal diet atlet Malaysia...tak kiralah siapa pun atletnya...

Sy pernah menghadiri satu majlis di KBS yg turut dihadiri atlet elit...lepas majlis, mcm biasalahkan...adalah makan sikit2....

Cuma sy heran bila tngk makanan yg dihidangkan...confirm tak menyihatkan...yelah, karipap, kuih seri muka, sandwich sardin...

Kalau tetamu tu lain citer...tapi sy tengok atlet pun belasah gak...jd sy pun buat kesimpulan...bab makan, memang susah nak jumpa atlet yg betul2 berdisiplin...

Maklumlah, pemakanan di kemuncak prestasi adlh faktor yg sangat penting...ni ada jugak pemain bola yg sy jumpa makan char kuey teow, fast food pun ada...

Kalau mcm nilah sikap atlet kita, memang susahlah bertanding diperingkat tinggi...tp dlm masa yg sama, sy pun tertanya..takde ke orang yg guide atlet kita ni?...dengar nye, ISN dan MSN sangat mementingkan sains sukan...apa?...pemakanan tidak termasuk dalam sain sukan?...


Cubalah teliti Piramid Diet...yelah memang tak cantik piramid nye...tapi sebenarnya ia mengandungi maklumat yg sangat penting...bukan untuk atlet sahaja tapi untuk semua orang....

Catatan Epain: Suka makan masak tempoyak...

Monday, May 19, 2008

Tiada tempat buat Punch Gunalan





Setelah sekian lama bergeseran...akhirnya Persekutuan Badminton Dunia, BWF mengadakan usul memecat Timbalan Presiden, Datuk Punch Gunalan...

Mungkin BWF dah hilang sabar kot...maka Punch yang pernah "menumbuk" BWF beberapa kali menerusi isu membabitkan Ganga Rao dan usul undi tidak percaya terhadap Presiden menerima akibatnya...

Bagi Malaysia perkara sebegini memang memalukan...apatah lagi Punch merupakan bekas pemain ternama dan dikenali sebagai antara pemimpin yg membawa kejuaraan Piala Thomas pada 1992...

Tetapi inilah hakikat sebuah "politik" dalam sukan...jgn salah langkah..kerana satu hari nanti anda mungkin akan jadi mangsa...

Ada yg mengatakan Punch cuba jd hero...tapi nampaknya hero sudah salah pilih senjata....

Apapun...buat Punch Gunalan...bawak2 lah bersabar ye...bak kata pepatah...hidup ibarat roda...ada masa di atas..ada masa dibawah...

Catatan epain: Nak tengok kerjaya Datuk Punch selepas ini...

Minggu murung buat Malaysia...

Minggu lepas merupakan minggu yang kurang baik buat Malaysia...

Kalau ikut fengshui...agaknya, fengshui kurang baik...

Apa tidaknya...kita gagal ke final Piala Thomas selepas tersekat ditangan China manakala skuad hoki kita terjelepok di tangga terakhir Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh...

Okay..kita lihat satu persatu...bermula dgn Piala Thomas...

Bagi saya...kita "tidak kalah" sebenarnya,....kenapa sy cakap mcm tu...kita telah berjaya menggetarkan China yang gah dgn pemain yg dimiliki mereka...

Memang benar...kalau sesiapa yg tonton perlawanan separuh akhir itu...ada yg menganggap kita lebih berhak selepas lihat Chong dan pasangan fairuz-Zakry beraksi...

Tapi mcm yg sy cakap sebelum ini...Hafiz Hashim kalau diperlukan memang tak boleh harap...manakal Koo-Tan pula di luar jangkaan...Choon Hann pun mcm tu...cuma Choong Hann mempunyai faktor umur sebagai alasan...

Apapun...kita menunggu 2 tahun lagi...yg pasti skuad akan dtg akan dibarisi muka baru...dan bg sys...buat Hafiz, cukuplah...peluang untuk anda sudah tiba di kemuncak...

Ni pulak cerita hoki....lepas gagal ke Beijing, mereka dgn lantang berjanji untuk memenangi Piala Sultan Azlan Shah...

akhirnya..semua kempunan..pastu duduk tempat terakhir pulak tu...ish ish..

Apa jadi ni?...takkanlah nak suruh BPR siasat hoki jugak?...

Ada sesuatu dalam hoki ni...ntahlah...malas nak ckp panjang...sbb hoki ni dah merasakan bahawa mereka talh berada di satu tahap "agung" yang tak boleh disentuh langsung.....kesiannn

Saturday, May 17, 2008

Perlindungan terbaik adalah ditempat musuh...

Pernah dengar perumpamaan di atas?...Mungkin pernah...malahan sy sendiri pernah "menggunakannya"....

Tapi itulah yg dilakukan 4 pemain Polis yang mempunyai perkaitan kuat dengan rasuah...(baca ni)...

Ini menunjukkan 4 pemain tu benar-benar berani..mungkin dia fikir..dia main utk pasukan Polis maka org tidak akan kaitkan mereka dgn rasuah....

Inilah yg dikatakan...tupai bukannya pandai sangat melompat...ada masa...gedebuk juga jatuh ke tanah...

Berbeza pula dgn kes Yap yee Yin....BPR sahkan tiada kes...(baca ni)...dlm hal ni pelik jugak...Yee Yin dakwa ada penyelewengan dikalangan pegawai MSN..tapi BPR kata tak de kes....

'Tiada bukti rasuah babit MSN'


PUTRAJAYA: Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan bekas jurulatih gimnastik negara, Yap Yee Yin, berlaku penyelewengan bayaran berlebihan elaun sebanyak RM18,200 selepas kontraknya tamat pada hujung 2005 mendapati tiada bukti rasuah membabitkan pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata Pejabat Timbalan Pendakwa Raya juga menetapkan tiada kes pendakwaan terhadap mana-mana pihak berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, BPR sudah memberi cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menyemak dan memperbetulkan sistem dan prosedur MSN berhubung pembayaran gaji kepada jurulatih gimnastik bagi mengelak perkara sama berulang.



"Kita juga mengesyorkan kepada kementerian menuntut semula pembayaran lebihan gaji kepada Yap," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ia bagi menjelaskan hasil siasatan BPR terhadap dakwaan Yap bahawa ada pegawai MSN meminta rasuah daripada beliau berhubung kontrak jurulatih gimnastik negara bagi tempoh November 2005 hingga Disember 2006.

Bekas jurulatih gimnastik itu sebelum ini mendakwa elaun bulanan RM1,300 masih dimasukkan akaun banknya selama 14 bulan walaupun beliau tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan yang tamat pada hujung 2005.

Katanya, beliau ada menghubungi 'seseorang' di MSN untuk memaklumkan perkara itu tetapi individu terbabit memberitahunya supaya usah mengambil peduli dan memintanya menyimpan wang berkenaan.

Namun, awal tahun lalu individu itu dikatakan menghubungi Yap dan meminta beliau mengembalikan semua wang kepada MSN dengan alasan kesilapan teknikal.



Untuk menambah pelik...kenapa dia tak pulang duit tu kalau benar duit terus masuka ke dalam akaunnya...mungkin ada pegawai terlepas pandang bahawa dia bukan lagi seorang atlet....

Akhirnya...penantian berterusan...tembok besar masih kukuh

3-2..itulah keputusan perlawanan separuh akhir Piala Thomas antara Malaysia dengan China...bermakna kita kempunan lagi...dan kemarau bakal menjadi 18 tahun untuk kembali berpeluang...

Jangkaan percaturan sy tepat...chong wei 1st single, koo-tan 1st double, choong hann, zakry-fairuzizuan dan hafiz...

tapi malangnya kita gagal mencpaai kemenangan...

pada sy...semuanya dah bagus...cuma koo-tan seharusnya main seperti biasa...iaitu menyerang...tapi itu tidak berlaku...pada sy cai yun-fu haifeng kalau berterusan diserang mereka susah nak jumpa rentak...

tapi nak buat mcm mana..nasi dah jadi bubur...

cuma kekalahan kali ini sy tidak rasa perit sgt..sebab melawan sampai penghujung...bab hafiz...memang sy jangka...masa 2002, org tak bg perhatian padanya...tapi mengenali hafiz...bila diharap itulah dia susah nak deliver...

sekalung tahniah buat zakri-fairuz yg mencipta kemenangan sulung dipenampilan sulung...

chong wei pula...kemenangan mudah ke atas Lin Dan memberi kelebihan psikologi menjelang Sukan Olimpik...bg Koo-Tan pula, mereka tidak punya byk pilihan selain merenung ke dalam cermin...adkh mereka mahu berterusan sebegitu?...



apa-apa hal pun...terima kasih buat Choong Hann dan Tan Fook-Wan Wah yg beraksi di Piala Thomas terakhir...

buat yg lain...tempoh 2 tahun sebenarnya tidak lama berbanding org ramai yg menunggu 18 tahun...

Friday, May 16, 2008

Syukran Jazilan....

"bangun semua...selamat sejahtera cikgu"

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat hari Guru...

Sy memilih utk mengucap selamat kpd guru berbanding ibu dan bapa adlh kerana "setiap hari adlh hari ibu dan bapa" sementara bukan "hari-hari" kita berpeluang ucap selamat pada guru...

org selalu ibaratkan guru ibarat lilin yg membakar diri...tapi hakikatnya...guru adlh lilin tapi tidak sama sekali membakar diri...ianya terus menerangi setiap ruang yang mahu diterangi...

kerana guru...pelbagai umat manusia terjelma...baik yg dijalanan mahpun yg berada di mahligai...

jadi, jasa guru bukan calang-calang..malahan tidak keterlaluan mengatakan mereka adlh ibu dan bapa kedua kita semua...

sy sebenarnya merindui saat-saat di kelas mahupun sekolah...di marah, dirotan tapi hakikatnya setiah kemarahan dan rotanlah yg menjadikan diri sy selarang ini...


didalam sukan tidak ketinggalan...setiap jurulatih adlh guru sebenarnya....mereka semua ikhlas mahu melihat kejayaan ditempa...

walau apa pun...dikesempatan ini sy sekali lagi mengucapkan "Selamat hari Guru"...buat semua insan yang bergelar cikgu.....

Sayonara...

Mengejutkan...

Itu je ungkapan yg tepat ditujukan terhadap 2 srikandi sukan dunia...Justine Henin dan Annika Sorenstam...




Mereka berdua mengumumkan persaraan di kemuncak prestasi...Henin sedang berada di kedudukan nombor 1 tenis wanita dunia manakala Sorenstam nombor 2 dunia dan menemui kembali rentak kemenangan...



Tapi kalau ingat balik kata Dr. Mahathir, "berhenti sebelum kenyang"...agaknya itu kot asa tindakan mereka berdua ni...walaupun Sorenstam memberi alasan kahwin....

Walau apapun...sayonara...wish both of them all the best...

Intercontinental atau Inter-Corn?

Okay...

15 mei menyaksikan bermulanya Piala Antarabenua atau Intercontinental Cup yg membabitkan 8 pasukan termasuk Malaysia...

Diwujudkan khusus utk pasukan bawah 23 tahun kebangsaan...

Nama memang menarik...sebab sekali dengar mcm anjuran FIFA..tapi ia cuma anjuran Octagon dan sanctioned by FAM + FIFA....

Malas nak komen panjang...cuma sikit mengeluh...buat apa lah anjur kejohanan yg mcm tergesa-gesa...dah la liga baru habis....

Konon dpt menarik pemain ternama seperti Lionel Messi...tp bila Argentina dan Ghana tarik diri agaknya baru sedar kot kat mana sebenarnya taraf kita ni...

Kita kalau dah bagus...tak payah kita panggil...org kan panggil...tp kalau mcm ni dah mcm kita yg terhegeh-hegeh...

Tapi tak pe lah...mungkin idea penganjuran ni dtg drpd org yg mengaku diorang ni pakar dgn bolasepak...

Akhirnya..ini shj idea yg mampu mereka timbulkan....

Thursday, May 15, 2008

Tiada tembok yang tidak boleh dirobohkan....



Woooohhhh...

Lega rasanya bila mendengar skuad Piala Thomas berjaya melangkah ke separuh akhir..seperti yang dijangka..

Cuma sekarang ni...halangan mereka ialah negara tembok besar, China yg juga juara bertahan...

Atas kertas sememangnya China "menakutkan"...pemain single dan bergu utama mereka berada di kelompok 10 terbaik...

kita pula hanya 2 bergu dan Chong Wei shj dikalangan 5 terbaik dunia...tapi apa yang diharapkan mereka dapat "mengembalikan" semangat 2004 dimana kita menewaskan China di negara mereka...

kini, kita sebenarnya beraksi di "tempat sendiri"...berkemungkinan penyokong indonesia akan menyokong Malaysia...tapi jgnlah berharap sangat...

walau apa pun tahniah...begitu juga dgn skuad Piala Uber...walaupun tewas...tapi kejayaan layak ke suku akhir menceritakan bahawa pemain wanita kita semakin meningkat...

buat skuad Piala Thomas....hanya tinggal tembok besar utk dirobohkan sebelum anda semua layak ke final...insyaAllah, berbekal keyakinan tetapi dgn penuh rendah diri, kita mampu melakukan sesuatu yg positif...

Tuesday, May 13, 2008

"Dia" buat lagi....

Aduh...apa lagilah citer Piala Thomas dan Uber ni...

Dari segi "permukaan" nampak segalanya ok...tapi rupanya macam ada yang tak betul pulak...

Ini semua pasal format pertandingan yang dikatakan telah diubah dan ia ternyata telah "memakan" BWF sendiri...



Timbalan Presiden BWF, Datuk Punch Gunalan yang selama ini dilihat "lebih berkuasa" drpd presiden dan Ahli Majlis sekali lagi menjadi perhatian...

Jika sebelum ini beliau menjadi perhatian ekoran pergeseran dengan Gangga Rao, kali ni pasal perubahan format Piala Thomas dan Uber...

Pasukan ditempat ketiga masih berpeluang ke suku akhir dengan syarat ia perlu menang di perlawanan play off...dan "peluang" ini digunakan Korea Selatan yg dilihat sengaja dibelasah 1-4 England pada perlawanan pertama mereka...kalau ye pun nak kalah, takkanlah sampai letak park Sung hwan dengan Lee Hyun Il sebagai pasangan bergu....sebab mereka "target" kalah ialah nak jumpa Canada/Nigeria diperingkat seterusnya...

Datuk Punch cuba menjawab...dan antara jawapannya sudah pasti terkejut dengan situasi melibat Korea...

Kita yang mendengar ni pulak sebenarnya tak terkejut sangat sebab ia macam "asam garam" badminton yang penuh dengan eksperimen...

Memula dengan sistem kiraan 7 mata...balik ke 15 mata...sekarang ini 21 mata pula...lepas ni entah apa pulak..entah-entah BWF nak letak acara trio pula kot....

Walau apapun, tahniah buat skuad Piala Thomas yang berjaya layak ke suku akhir selepas menang dengan Korea yang kembali "mengubah" taktik (keputusan ringkas)...buat skuad Uber pula, format baru menyelematkan anda kerana masih berpeluang layak jika menang di play off (keputusan ringkas)

Monday, May 12, 2008

Tahniah, tapi perjalanan masih panjang....

Seperti mana yang dijangka, skuad Piala Thomas negara tidak mempunyai masalah untuk menang perlawanan pertama...

Kemenangan 5-0 ke atas England adlh satu permulaan baik....tapi ia sekadar permulaan...

Malaysia akan "berehat" kerana selepas ini Korea akan menentang England...ada baiknya tinjau perlawanan ini untuk rangka strategi sebelum bertemu Korea pada perlawanan terakhir kumpulan B...

Apa hal pun, tahniah buat Wong Choon Han dan rakan2....teruskan aksi cemerlang...tapi jgn terlalu dibuai mimpi...

Saturday, May 10, 2008

Ayuh robohkan Tembok Besar, gugurkan Garuda



Setahun sudah berlalu....bulan Mei datang kembali...itu mcm lagu Alleycats...

Tak...yg penting selepas setahun, bulan Mei ini menyaksikan satu lagi "peperangan" penting melibatkan atlet Malaysia...

Pertama, sudah tentu badminton Piala Thomas, dan kedua Futsal AFC...

Tapi sy lebih berminat dgn Piala Thomas yg akan berlangsung di Jakarta, Indonesia...

Siapa yg tak kenal Piala Thomas?...Pada sesiapa yg tak kenal...baca ni

Piala Thomas ni bolehlah dianggap sebagai Piala Dunia badminton....walaupun sudah ada Piala Dunia...tapi Piala Thomas mempunyai keistimewaannya...segala-galanya ada...kegembiraan, kedukaan hinggakan kalau tgk Piala Thomas ni boleh kena serang sakit jantung....

8 Mei menyaksikan pemain negara termasuklah skuad Piala Uber berlepas ke Jakarta, Indonesia...Kejohanan bermula secara rasmi pada 11 Mei dgn Malaysia bakal berdepan England pada perlawanan pertama...

Hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kali terakhir kita menjuarai Piala Thomas ialah pada tahun 1992 ketika kita menjadi tuan rumah...kemenangan tersebut hadir selepas 25 tahun menunggu selepas kali terakhir menang pada 1967...

Sy masih ingat ketika itu, Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang memenangi mata terakhir terhadap Rexy mainaky-Ricky Subagja tepat jam 12.32 pagi (saksikan)...dan antara sepanduk yg sy tak lupa hingga kini termasuklah "Garuda Bisa Gugur"....

Tapi selepas itu, satu demi satu kejohanan kita gugur walaupun memasuki final beberapa kali termasuklah pada tahun 1994 namun Indonesia berjaya membalas dendam dengan menewaskankita 3-0 di Istora Senayan....ntah..ada yg kata Indonesia pakai bomoh untuk menang....tapi apa pun malam tu memang pemain Malaysia lost...

Apa hal pun, tahun ini sekali harapan menggunung untuk menyaksikan kita menjulang Piala Thomas...kita mesti nak tgk gambar Arwah Tan Sri Khir Johari membawa piala keluar dr kapal terbang pada 1967 berulang...kebetulan masa tu berlangsung di Jakarta....


Tapi tulah...sy ni malas nak meletak harapan tinggi pd pemain...sebab sy ckp sebelum ni..badminton ni kalau diberikan harapan tinggi....masa tulah diorang nak spoilt....so, sy malas nak letak harapan tinggi....maklumlah..biasa org pesan, "jgn mengharap sangat, nanti kecewa"...tu yg sy tak nak berlaku...



Namun apa yg sy harapkan, pemain akan menewaskan lawan mereka satu demi satu...baru fikir final atau piala....

Halangan terbesar kita ialah Korea pada peringkat kumpulan...lepas tu dijangka bertemu Indonesia di suku akhir, denmark di separuh akhir dan china di akhir....tapi apahal pun sy harap pemain sentiasa ingat bahawa mereka adlh underdog...kerana kalau kita dan org anggap diri sebagai underdog, sudah tentu kita akan main bermati-matian sebab nak buktikan diri tu handal ke tak...

Tak perlu sy ulas satu demi satu pemain...

Sy juga berharap kita tidak lemas dek sokongan padu peminat fanatik Indonesia...natha ntah bomoh 1994 pun akan dipanggil utk membantu...jgn lupa bahawa kita pernah melemaskan sokongan peminat setia China pada tahun 2004 tapi akhirnya kita tewas di final....

Untuk pemain Malaysia, ayuh kita gugurkan Garuda, robohkan tembok besar!!!

Wednesday, May 7, 2008

See, why see?...Ooh I See....

Hmmmm....

Malaysia sekali lagi "menempa" nama dalam arena sukan antarabangsa...apabila menganjurkan kejohanan bolasepak Piala Juara Belia atau dikenali sebagai Champions Youth Cup (CYC)...

Penganjuran pertama tahun lepas, saya tidak dapat menyaksikan kerana saya tidak berada di Malaysia...tapi saya mengikutinga menerusi online newspaper...

Walau apa pun...bagi saya, ia tidak dapat menarik perhatian saya.....kerana pertama sekali pasukan kegemaran saya (te Reds) tidak dijemput...yelah team senior pun susah nak dijemput...kedua sebab saya tak nampak kebaikan drpd penganjurannya...

Alasan penganjur dan "main sponsor" ialah ia dapat menarik kehadiran pelancong....hmmmm...betul ke?....

Seingat saya sekitar tahun 90 an....pasukan england pernah datang malaysia...tapi tak nampak pun mat salleh ramai tengok perlawanan tu....

kemudian datang pulak beberapa pasukan ternama dunia...manchester united, flamengo, celtic dan beberapa lagi pada tahun 1994 sempena pembukaan stadium shah alam..pun sama juga...1998, arsenal datang pun sama...diikuti dengan mu, brazil..dan masa kehadiran 4 pasukan EPL, chelsea, birmingham, newcastle dan malaysia sempena Premier League Asia...pun tak nampak juga signifikan kehadiran pelancong...

maka kesimpulannya ia bukanlah alasan penganjuran...tapi lebih kepada terpedaya dengan presentation penganjur serta janji manis mereka...,..



Oklah...biarlah...maka CYC pun dianjurkan....dan tahun ini memasuki tahun kedua...

Tapi kebelakangan ini CYC menimbulkan tarikan beberapa penggiat bolasepak negara ini...apabila majlis pengundian tidak memperlihatkan penglibatan FAM...

selepas tu terbukak pulak cerita bahawa FAM tidak dijemput dan lebih malang FAM tidak terlibat sebagai sanction body pun....

Apa ni?...ini dah umpama naik lemak...sudahlah "menumpang"...lepas tu tuan rumah tak dipanggil...ini umpama satu penghinaan....

Satu demi satu pihak menampilkan rasa tidak puas hati termasuklah menteri KBS...dalam hal ini sudah tentu menteri perlu masuk campur kerana ia semakin menghampiri maruah kita semua....dan saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia amat terasa dengan senario ini...

dan jangan lupa dengan kosnya....17 juta setahun...lepas tu...host venue kena tanggung lagi belanja...ini sudah lebih!!...dah bagi duit, suruh orang tanggung lagi...tapi rupanya memang dah termaktub dalam perjanjian...betul ke?....

walau apa pun...17 juta bukan angka kecil...banyak benda boleh dibuat dengan 17 juta tu...bagi FAM duit tu untuk MSL pun bagus...tak pun bagi je kat FAM untuk keseluruhan programnya....

hmmm....bolasepak kita ni dahlah makin teruk...dan dalam keadaan sekang ni...sudah tentu ramai yang ingin mengambil kesempatan....dan penyudahnya...sejumlah lagi duit "melayang"....

tak bak buat mcm mana..perjanjian dah dibuat...3 tahun pulak tu...cuma saya harap...habis je kontrak tu...batalkan je terus...lebih baik buat kejohanan lain yang lebih berfaedah...apa salahnya hidupkan pestabola merdeka...ni buat pestabola mereka pun mcm batuk kat tangga batu caves....


pestabola adalah kebanggaan sebenar kita...itu baru barang "dibuat di malaysia" yang sebenar...maka apa salahnya kalau kita upgrade penganjurannya.....dan paling penting pendedahan untuk pemain kita khususnya yang muda...

tapi saya rasa cadangan sebegini mesti tak ramai yang nak dengar...sebab saya ni takde kaitan dengan penganjur....dan paling utama saya tidak dapat berhujah untuk mengatakan bahawa pestabola merdeka alat terbaik untuk menarik kehadiran pelancong...

dan sekali lagi...benar ke ia CYC mampu menarik kehadiran pelancong....fikir-fikirkanlah

Monday, May 5, 2008

Tumpuan baru?



Baru-baru ini saya tertarik dengan cadangan menteri belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakub...

Walaupun ia bukannya cadangan yang baru, tapi ia merupakan cadangan atau seruan yang perlu dberi perhatian...

Cadangan untuk memberi perhatian terhadap sukan yang kurang "body contact"...

Antara sukan dalam kategori ini termasuklah angkat berat, gimnastik, menembak dan memanah...

Saya masih ingat satu ketika dahulu mantan PM, Tun Dr Mahathir pernah menyatakan cadangan yang sama...beliau menyarankan agar sukan sebegini diberi perhatian dalam membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik...

Sekian lama berlalu, barulah cadangan itu berlegar semula...

Wajarnya, cadangan ini perlu dipertimbangkan dengan serius...ada benarnya kerana ada pepatah mengatakan "kita ni makan nasi"....sukar untuk atlet kita bersaing dari segi fizikal...

Tetapi tak banyak usaha dilakukan..balik2 kita harap bola walaupun mustahil, lepas tu hoki....nasib baik ada badminton...tapi bukannya setiap kali olimpik kita dapat pingat....

sukan macam angkat berat tidak memerlukan seseorang untuk bersaing "direct contact" dengan pihak lawan...

kita pernah ada martin guntali, hidayat hamidon, amirul hamizan dan faizal baharom...tapi sayang mereka semua "tak kemana"...pusat latihan di kuala rompin pun mungkin tak ramai yang ambil tahu...

sepatutnya sukan sebegini perlu diketengahkan..memang tak popular...tapi sukan ini berpotensi....

*teringin nak tgk sepaktakraw dipertanding di Olimpik..tak kiralah kalau namanya ditukar ke acro-volley....